BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Ahad, 25 Disember 2011

islam dan sains tidak pernah terpisah

bismillahirahmanirrahim...

lafaz ini pembuka wadah penulisanku ini. jari-jemari ini digerakkan dengan segala perkara yang terlintas di hati. sedikit sebanyak untuk dicoretkan dan disimpan dalam laman blogku ini. menjadi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.

apa yang hendak diluahkan adalah sains tidak pernah terpisah daripada islam. kenapa aku bercakap sedemikian? ini kerana atas pengalaman yang aku alami semasa belajar ketika ini.

masa sekolah dulu hanya disuapkan mata pelajaran sains ini dengan eksperimen yang dijalankan. nak tahu sains, kena tahu eksperimen. tak pernah terfikir pun kenapa perlu belajar mata pelajaran ini. yang tahu kena skor subjek ini. aku minat subjek ini. aku optimis dgn apa yg diajarkan. tapi, dah habis peperiksaan, lupa habis benda ini.

masa di universiti pula sambung belajar tentang sains juga. kenapa la ambik benda yang susah ini, itu persoalan yg selalu aku cuba bangkitkan, kenapa? dan kenapa ? persoalan hanya tinggal persoalan. tapi, aku percaya apa yang aku lalui ini akan membantu aku kelak nanti.

apa kaitannya luahan kata ini dengan tajuk yang hendak aku sampaikan. mcm tak ada kaitan pula. sebab aku bebas untuk aku coretkan di sini. aku bebas untuk luahkan apa-apa disini. aku sunyi ke. entah la.

tapi hari ini ingin aku sampaikan bahawa islam dan sains tidak pernah terpisah sejak wujud alam ini lagi. kita tak pernah terfikir sebab kita dicorakkan dengan sistem pengajian yang sedia ada. silibus-silibusnya telah disusun sedemikian rupa. kita hanya menerima dan memahaminya.

belajar sains dapat mendekatkan diri dengan pencipat yakni Allah s.w.t. persoalanya bagaimana ? telah tercatat pelbagai saranan dalam wahyu Allah itu sendiri mengingatkan kita supaya berfikir, mencari, melihat, dan memahami bagaimana tanda-tanda kekuasaan allah di seluruh alam ini.

kita belajar sains, kita kenal pencipta. tapi kenapa tidak berlaku pada hari ini. punca utama kerana sumber ilmu itu tidak dipandukan dengan wahyu Allah iaitu Al-Quran dan Sunnah. semua ilmu itu milik Allah, ilmu matematik, fizik, biologi, astronomi, dll. semuanya datang daripada Allah.

sejarah menjadi bukti,tapi kita tak tahunya. sarjana sains daripada kalangan ilmuan islam seperti ibnu sina, al-khawarizmi, ibnu jahiz, ibnu battuta, jabir ibnu hayyan, dan banyak lagi wujud menerobos dalam masyarakat di muka bumi ini untuk menceritakan tentang penemuan sains.

selain itu, karya-karya ilmuan islam menjadi artifak penting kepada penggalas bukti kewujudan sains itu daripada kalangan masyarakat islam. karya qanun fi tib menjadi rujukan bidang perubatan hingga ke hari ini.

secara ringkasnya, asas kepada perkara ini adalah islam dan sains ini tidak pernah terpisah. mari lah sama-sama pembaca merenung seketika dimana kita melihat perkara ini sebagai satu kiasan minda yang mencorakkan perjalanan menuntut ilmu kita selama ini.

bila lama tak menulis kat blog ini,  rasa nak lepas jari daripada papan kunci laptop ini pun payah, sekurang-kurang terluah juga hati ini untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan.  sekian sahaja daripada hamba yang sederhana.

wasalam...