BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Rabu, 30 Jun 2010

Pertimbangan perlu rasional



Salam sejahtera semua,
Hari ini penulis ingin melontarkan satu nasihat kepada rakan-rakan sekalian.
Pertimbangan perlu rasional, adakah mudah untuk kita membuat sesuatu pertimbangan yang rasioanal ?
Sebenarnya bukan mudah untuk kita lakukan. Pengalaman, pembacaan, pemerhatian, dan pelbagai lagi situasi luar yang akan cuba untuk mempengaruhi diri kita dalam membuat keputusan.
Pernah dengar tak satu kenyataan yang berbunyi "Kita dah merasakan apa yang kita putuskan adalah betul, tapi sebenarnya adalah salah."
Jadi, penulis menyarankan sesuatu pertimbangan perlu rasional dan mengambil kira semua perkara sebelum memutuskannya.
Masalah. Masalah sentiasa datang, tak kira 1001 masalah sekalipun, namun bertenanglah. Buatlah suatu pertimbangan yang rasional dahulu sebelum memutuskannya.
Agama Islam itu sendiri telah menyediakan metod kepada seseorang muslim dalam membuat pertimbangan sebelum membuat keputusan.
Jika masalah agama, rujukan autoriti adalah al-quran dan sunnath, dan seterusnya..
Politik pula, sebaik-baiknya dengarlah dari kedua-dua pihak.Janganlah terima pada satu pihak sahaja.
Ekonomi semasa, perlulah mengambil kira kesemua perkara yang berkaitan.
Selain itu, masalah seharian yang kita hadapi dan pelbagai lagi.
Rakan-rakan berwawasan, pemangkin dinamik masa depan negara.
Nasihat penulis sekali lagi, buatlah pertimbangan yang rasional...

Selasa, 29 Jun 2010

Kesihatan menurut Islam

Kesihatan Menurut Islam
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : aminaziz
Editor : naadherah



Islam satu agama yg merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan...yang mana islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana islam menjaga jiwa dan akal.

Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga dari Allah..sabda nabi s.a.w :


Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu
(hr Bukhari )


dan sabda nabi lagi:

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah ( hr muslim )

Agama Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan ditempat yang pertama selepas keyakinan( keimanan ) ...Ini berdasarkan sabda nabi s.a.w:


"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan ( iman )

(hr ibnu majah).


Perlu jga diingatkan disamping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan...nabi s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit - pesakit supaya mereka berubat...sabda nabi s.a.w :


"Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat "
( hr bukhari )



Dalam satu peristiwa..orang arab badwi telah datang kepada baginda nabi dan mereka bertanya: Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat? maka sabda nabi : ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja..maka mereka bertanya, apakah penyakit itu?Sabda nabi: penyakit itu ialah "tua"

(hr Ahmad)


Dua hadis diatas menggesa supaya ahli perubatan mengkaji tentang penawar dan ubat bg penyakit yg belum ditemui laggi.

Diantara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesehatan adalah nabi s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, berbekam, jampi dan tumbuhan herba...

Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini( perubatan ) berdasarkan sabda nabi :


" Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal- hal keagamaan maka rujuklah kepadaku
( hr Ahmad dan muslim )

Rabu, 23 Jun 2010

Baitul Muslim


Bila Kamu Sebut Fasal Baitul Muslim
www.iluvislam.com
Oleh: Hilal Asyraf
Editor: azzahra_solehah


Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim'?

Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya. Pernah dengar?

Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni.

Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yang diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yang mengajar kita cara-cara memilih pasangan dengan baik. Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dengan betul. Saya yakin, ramai yang beranggapan seperti saya.

Tapi, bila saya membesar, rupanya anggapan saya itu silap.

Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yang satu lelaki dan yang satu lagi perempuan. Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan. Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga-tanga ke arah pembinaan ummah yang diredhai ALLAH sebenarnya.

Masyarakat itu, terbentuk dari keluarga, keluarga itu terbentuk dari individu.

Sebab itu, Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yang betul. Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai ALLAH, keperluan mencari isteri@suami yang diredhai ALLAH, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan ALLAH, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat.

Dan semua itu, bukan bermula dari kita hendak mencari pasangan. Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan. Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.

Hal ini, saya sedari ketika Cikgu Azmi Bahari, seorang guru di MATRI berkongsi pandangan berkenaan hal Baitul Muslim ini.

" Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar"

Ya. Sebab, Baitul Muslim bukannya fasal nak kahwin dengan siapa, nak kahwin macam mana. Baitul Muslim hakikatnya adalah projek hendak membina ummah. Maka, hendak membina ummah ini, perlu kita mulakan dengan diri sendiri.

Sebab itu, hal ini bukan untuk kita fikir ketika hampir kahwin. Kita perlu fikir semenjak kita remaja lagi.

Tapi ramai salah anggap. Mereka kata, mereka tidak mahu berfikir akan hal pembinaan keluarga ini kerana mereka tidak mahu masuk campur hal cintan cintun semasa belajar. Sebenarnya, anggapan bahawa Baitul Muslim adalah konsep cintan cintun adalah anggapan yang tertolak. Baitul Muslim, adalah konsep pembinaan ummah. Berfikir berkenaannya, bukanlah kita berfikir kita hendak kahwin dengan siapa, tetapi kita berfikir bagaimana kita hendak membinanya bermula dengan diri kita.

Kita perlu mulakan dengan diri kita sebenarnya. Keluarga yang diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dengan usaha suami sahaja atau isteri sahaja. Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dengan membina diri kita.

Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kepada pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kepada pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita untuk membina dan memperbaiki diri sedari hari ini.

Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak dan sebagainya, sudah perlu kita fikirkan. Adakah kita mampu membina keluarga yang diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran? Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dengan baik tanpa wang yang mencukupi? Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yang diredhai ALLAH jika cara pandangan dan cara pandangan kita tidak matang? Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?

Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina' Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dengan mencari pasangan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dengan kita membina diri kita sendiri ke arah apa yang ALLAH redha.

Itulah maksud membina Baitul Muslim yang sebenarnya. Bermula dengan diri kita.

Barulah kita ada kekuatan untuk membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak-anak di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yang ALLAH SWT suka.

Sebab itulah, kata orang, tarbiyah (pendidikan) anak-anak itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak-anak kita.

Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep untuk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.

Maka, apa lagi yang kalian tunggu?

Bergeraklah membina diri, persiapkan diri dari hari ini, untuk melakar masa hadapan yang indahnya abadi.

Selasa, 22 Jun 2010

TAHNIAH !



Ucapan tahniah kepada skuad senior SUKSIS UM yang telah ditauliyahkan oleh raja muda perak tuanku nazrin syah baru-baru ini. Tahniah Tuan !

Ini adalah satu penghormatan kepada skuad suksis kerana telah diperkenan oleh sultan sendiri, tambahan pula ditauliyahkan di universiti sendiri. Penulis merasakan hal ini amatlah bertuah kepada skuad senior SUKSIS UM.

Tidak lupa juga kepada skuad inter dan junior (penulis adalah dari skuad junior) yang telah bertungkus-lumus, berpenat-jerih dan berbagai lagi perkara yang dilakukan sebagai sokongan kepada SUKSIS UM untuk menjayakan majlis pertauliyahan dan penyampaian sijil dengan jayanya. Tahniah semua !

UM always the best University in Malaysia.

UM is one, toward one Malaysia.