BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Ahad, 9 Januari 2011

wah 1000 !

penulis tidak menyangka yg laman blog penulis sudah mencecah 1000 pengunjung. terima kasih kepada para pengunjung yang sudi mengunjungi halaman blog penulis yang tak seberapa ini. Harapan penulis, semoga para pembaca terus setia mengunjungi halaman blog penulis ini.

"terima kasih daun keladi,
senang-senang kita jumpa lagi"

Sabtu, 1 Januari 2011

Pergh.... di hari pertama 2011

Sudah lama tak menulis dalam entri aku ni, maaf la ye kepada sidang pembaca kerana lama menunggu untuk penulis mengemaskinikan entri penulis ni (mcm popular pulak blog ni....huuhu) ok bagi memulakan tahun baru ini, penulis ingin memasukkan sedikit beberapa aktiviti-aktiviti yang sempat penulis lakukan dalam bulan lepas yang sangat sibuk sehingga tak sempat penulis nak coretkan dalam blog ini pada masa itu.

-memori disember 2010-

aktiviti pertama, penulis sebagai Suksis (sukarelawan polis siswa siswi ) universiti malaya Bermula dgn aktiviti lawatan di PULAPOL. Bukan mudah untuk orang awam masuk ke kawasan ini. Kawasan PULAPOL (Pusat Latihan Polis) ini di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Antara sempat yang kami lawati tempat latihan K9 dimana anjing-anjing polis dilatihkan. Harga anjing-anjing ini memang mahal. Seekor anjing lebih mahal dari harga sebuah kereta mencecah 100 k. Tapi, istimewa anjing ini boleh kawat dan sangat peka kerana memang telah dilatih khas untuk melakukan perkara-perkara macam ini. Maaf tak ada gambar masa ini.

aktiviti kedua, penulis melalui latihan medan PGA di Tupah, Kedah. aktiviti di sini memang bermakna. Penulis mempelajari navigasi Kompas dan ikhtiar hidup dimana pengetahuan ini paling bermakna dan memberi satu keyakinan kepada penulis untuk lebih berani apabila membuat aktiviti yang memasuki hutan dan kawasan pendalaman. Terima kasih kepada Jurulatih-jurulatih dari PGA atas segala ilmu yang disampaikan.

Skuad Terbaik !

Navigasi Kompas

aktiviti ketiga, pulang daripada latihan medan di PGA tupah, esoknya penulis mengunjungi lawatan ke FRU unit 1 di Cheras, Kuala Lumpur. Apabila melihat gambar-gambar dan khabar orang awam menghukum kekejaman FRU ini, baru penulis sedar bahawa kita tak boleh melihat satu keadaan dan menghukumnya kepada satu pihak sahaja. Apabila penulis diberi taklimat dan lawatan yang dikunjungi, penulis sedar bahawa pihak FRU ini hanya menjalankan tugas mereka dengan mengikut etika-etika yang telah diberi garis panduan. Teruskan menjaga keamanan negara !

Bersama salah seorang skuad FRU

antara rakan-rakan penulis

aktiviti keempat, malam mesra kor suksis 2010. aktiviti ini penulis rasa sangat bersyukur kerana dapat melakukan dengan jayanya. Penulis sebagai pengarah program ini berasa bangga dengan rakan-rakan satu skuad yang telah bekerjasama bersungguh-sungguh untuk menjayakan program ini. Program ini adalah program kemuncak aktiviti latihan selaku sukarelawan polis siswa siswi pada minggu aktiviti tersebut. Program ala-ala 'anual dinner' yang sangat berprotokol dan berprestij telah dapat dilakukan dengan jayanya walaupun dengan setakat mana yang ada. Tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan penulis yang menjayakan dan turut memeriahkan secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih semua !

Panglima pada malam tersebut

dan lagi...

selesai aktiviti-aktiviti sebagai sukarelawan polis siswa siswi (susksis) Universiti malaya untuk tahun 2010.

aktiviti terakhir sebelum penulis mengakhiri tahun 2010 ini, iaitu aktiviti sendiri mendaki Bukit Broga(yang tidak asing lagi dengan keindahannya) dan Gunung Tok Wan(baru bulan 2 tahun ini di buka). penulis rasa bersyukur kerana penulis dapat pergi dan pulang dalam keadaan selamat. Penulis dan 2 orang rakan lain telah pergi untuk aktiviti ini selama 2 hari 1 malam. Bermula mendaki bukit Broga pada jam 6.30 pagi, kami sampai di puncak jam 7.45 pagi. Trek bukit ini memang tidaklah sukar untuk dinaiki. Ramai pengunjung pada hari itu. Bukit Broga ini setinggi 400m dari aras laut, dan jarak dari kaki bukit ke puncak sejauh 1.7km. Di puncak bukit tersebut terdapat 5 puncak yang berdekatan. bagi penulis permandangan di bukit broga memang terbaik. Pukul 11 pagi kami teruskan perjalanan untuk menjejaki Gunung Tok Wan. Satu kekurangan di Gunung Tok wan adalah tiada sumber air. Jadi perlulah persiapan secukupnya untuk naik Gunung Tok Wan ini. Tinggi gunung ini 675m dari paras laut dan sejauh 3.1km dari puncak Bukit Broga. Trek gunung ini tak sukar bagi pendaki lain, tapi penulis rasa boleh tahan kesukarannya tambah lagi dengan bekalan air yang terhad. memang mencabar. Tapi, alhamdulillah penulis dan rakan-rakan yang lain sampai juga di puncak gunung ini. Penulis bermalam di puncak Bukit Broga, selepas turun dari gunung tok wan. Permandang pada malam hari lagi cantik. Subhanallah. sampai sekarang penulis masih terbayang-bayang lagi permandangan di atas puncak bukit broga ini pada malam hari. Memang berbaloi-baloi aktiviti kami ini.

puncak Bukit Broga

puncak Gunung Tok Wan

Bagi penulis, dimasa belajar ini untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik sambil belajar. Ini lah kehidupan pelajar universiti, atau kebanyakan orang kata 'live campus'. kehidupan kerja nanti tiada siapa yang tahu kan ? tapi mungkin dah banyak perkara nak fikir. jadi, manfaatlah kehidupan di universiti ini sebaik-baiknya. Di sini lah kita belajar erti kehidupan, dah nama pun pelajar lagi kan......2010 menutup tirai.....huhu...

huh.... ini sebahagian aktiviti-aktiviti yang dapat penulis kongsikan dengan para pembaca. harap sidang pembaca terhibur.