BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Sabtu, 28 Ogos 2010

Puasa adalah perisai

Ibadah puasa adalah amalan yang mulia yang wajar dilakukan oleh setiap muslim di muka bumi ini. Puasa adalah perisai, bagaimana yang dikatakan puasa adalah perisai kepada setiap muslim itu ? Mestilah tertanya-tanyakan sebab apa yang kita tahu tentang puasa ini adalah menahan diri dari lapar dan dahaga.

Dah la tak makan, tak minum pula tu, mesti la tak da tenaga.
Tapi, macam mana boleh kata perisai kepada dirinya. Kalau ikutkan fikiran yang rasional, sahih orang dah jawab tak logik la puasa ni boleh jadi perisai bagi diri seseorang itu. Ye la, nak bertahan mesti la kena kuatkan, kalau nak kuat kena ada tenaga, kalau nak ada tenaga perlu ada sumber makanan dan minuman yang cukup. ha, mcam mana sekarang ni ?? apa jawapan anda ?

Penulis menjelaskan sekali lagi puasa adalah perisai. Semua masalah yang diceritakan tadi kita kemukakan apabila kita lihat dari zahir sesuatu makna tu saja. Cuba kita lihat dari sudut lain ataupun maksud tersirat disebalik mesej yang disampaikan. Puasa itu dikatakan perisai kerana perisai kepada hawa nafsu kita. Dalam diri manusia ada nafsu, masa bulan ramadhan ni syaitan dah dibelengu atau diikat, jadi apa yang mendorong seseorang untuk mengikut kemahuannya kalau bukan nafsu.

Nafsu juga adalah musuh yang paling susah untuk kita lawan. Dalam bulan Ramadhan ini la nafsu dapat ditewaskan dengan ibadah puasa yang dikerjakan. Kita menahan diri dari lapar dan dahaga, secara tak langsungnya kita berperang dengan diri untuk menahan dari gelojak nafsu makan dan minum. Kita menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang maksiat, semua ini kita dapat lakukan dengan adanya perisai yang kental ini.

Maka kalau sedang berpuasa itu, jika ada sesuatu yang menduga kita, katalah "sesungguhnya aku berpuasa". Terdetik kesedaran di dalam jiwa ini betapa besarnya erti nilai berpuasa itu dalam diri seseorang.

Jadi, di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini penulis ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa. Kejarlah malam-malam kesudahan di dalam bulan ini dengan melipat gandakan ibadah kita kepada ALLAH, banyakkan bertaqarrub kpd ALLAH, carilah Lailatul Qadar....

Selamat Menjalani Ibadah Puasa !

Ahad, 15 Ogos 2010

Karisma !

Percaturan dan pelbagai cara dilakukan untuk melahirkan satu seketeriat Karisma di sebuah Universiti. Sebuah kelab yang mempunyai visi dan misi untuk melahirkan pemimpin dikalangan mahasiswa dipayungi oleh agensi-agensi di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Seruan ini disambut oleh setiap institut-institut yang ada di tanah air ini. Mencorakkan seorang ilmuan menjadi budiman dan penyambung warisan sepanjang zaman.

Sudah dianggotai hampir 20 buah ipta dan ipts di seluruh malaysia. Dianggotai hampir seramai 2000 orang ahli.

Menggariskan modul-modul yang sangat mempunyai nilai yang tinggi.

Maka Organisasi mula dibentuk untuk menjadikan pergerakan lebih berkualiti dan tersusun.

Hasrat penulis kepada pembaca.
Marilah sertai Kelab Rakan Siswa Jasa Malaysia (Karisma) yang akan ditubuhkan di Universiti Malaya ini nanti. Berdirinya nanti sebagai menyahut seruan perjuangan anak muda yang ternanti-nanti.

sebuah coretan dinukilkan...
ibarat sebuah kiasan minda di bulan ramadhan...

Wahai anak-anak muda di tanah air yang tercinta ini,
Ayuh,
Kita bangun dari tidur yang lena,
Kita gapai bintang-bintang di angkasa,
Berpaksikan kekentalan jiwa yang perkasa.
Satu hari nanti,
kita akan cuba tanya kembali,
Apakah yang telah aku sumbangkan kepada tanah airku ini ?
Tak mustahil akan timbulnya persoalan ini.
Maka,
Ayuh, berpijaklah dibumi yang nyata ini,
Menjadi warna-warna yang mencorakkan sehelai kain putih,
yang membawa maksud seribu hasrat dan janji,
yang terpahat untuk ditunaikan,
agama dipasakkan,
sebagai janji dan ikrar penyaksian.


Tentatif terbaru :

Majlis Berbuka Puasa Ambang Merdeka di UKM (30 ogos 2010) dan perarakan Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil (31 Ogos 2010)

Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan Karim...


Alhamdulillah, dah masuk bulan ramadhan...

Penulis bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan nikmatnya, masih diberi peluang untuk hidup dan menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

marilah kita bersyukur bersama-sama.

Alhamdulillah....

Harapan penulis, semoga ibadah puasa tahun ini adalah lebih baik lagi pada tahun lepas.

Selamat Berpuasa !

Isnin, 9 Ogos 2010

FeSkUm 2010

Baru-baru ni telah diadakan Festival Konvokesyen Universiti Malaya dengan gilang-gemilangnya. Penulis mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa Seketeriat FESKUM 2010 yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dengan baik sekali.

Penulis juga hairan masih ada juga mengatakan FESKUM tahun ini hambar. Bagi penulis, penulis merasakan FESKUM tahun ini tetap hebat, mungkin ini kali pertama penulis melibatkan di dalam aktiviti semasa FESKUM ini berlangsung.

Penulis gembira dan bersyukur kerana Gerai Persatuan Mahasiswa Negeri Kedah dapat beroperasi dengan baik juga pada tahun ini. Penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah bertungkus-lumus, bermandi-peluh dan berbagai lagi bagi memastikan gerai yang diusahakan ini beroperasi dengan baik. Tahniah ! anda berjaya lakukan.

Harapan penulis, semoga FESKUM akan datang akan lebih meriah lagi dan penglibatan Mahasiswa akan lebih ramai lagi. Tahniah buat semua.