BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Rabu, 21 April 2010

Melukut di tepi Gantang...

whoshhh......

1,2,3,4, ..... Ya Allah banyak betul barang-barang yang di tinggalkan... bila mula cuti semester, keadaan-keadaan seperti ini pasti akan berlaku.

hari ini ada satu perkara aku nak cuba paparkan, aku rasa perkara ini pun berlaku di kawasan anda yang membaca paparan ini...

cuba lihat gambar di bawah ini....


Inilah keadaan yang berlaku, terutama pelajar-pelajar di kawasan asrama, tak kira samaada pelajar sekolah ataupun mahasiswa. Perkara ini berlaku sejak dari dahulu lagi, dan saya pun rasa anda huga tidak akan menafikannya. Saya pun tak mahu nafikan yang saya juga menetap di asrama, dan saya pun pernah alami situasi yang sama.

Cuma sebagai 'kiasan minda '. Telah menjadi kebiasaan barang-barang keperluan untuk tinggal di asrama dibeli pada awal kemasukan ke asrama, tetapi yang sedihnya masalah yang berlaku kemudian, barang-barang yang dibeli pada awal-awal masuk semua ditinggalkan begitu sahaja. Masa awal-awal nak menetap dulu sibuk beli-belah di sana-sini untuk melengkapkan keperluan dalam bilik. Tapi, sekarang barang yang telah di beli, hanya pandang sebelah mata sahaja.

Tingkah laku seperti ini amatlah buruk jika dijadikan ikutan buat generasi masa akan datang. Sikap yang ambil mudah tentang menghargai sesuatu benda itu dapat menggambarkan kita tidak ada perasaan untuk mengambil berat dan bertanggungjawab dalam sesuatu perkara.

Seterusnya, tingkah laku sedemikian akan terbawa-bawa kepada perilaku kita terhadap keadaan di sekeliling. Cuba kita lihat, berapa ramai yang mempedulikan apa yang berlaku disekeliling mereka ?

Walaupun perkara seperti ini nampak remeh-temeh, tapi apabila kita lihat kesan daripada perkara kecil seperti ini akan memberi impak yang besar kepada kita pada masa akan datang.
"Everything needs money, but money is not everything"
Bagi saya, sewajarnya janganlah jadikan perkara sebegini sebagai tabiat dan perkara biasa. Walaubagaimana kaya kita sekalipun, cubalah hargai setiap apa yang telah kita belanjakan.
Jadilah insan yang menghargai apa itu nilai dalam diri kita.


Selasa, 13 April 2010

Musim Peperiksaan



salam sejahtera buat semua sahabat dan rakan-rakan seperjuangan...

apabila tibanya musim peperiksaan, semua dah mula resah dan gelisah. Apa yang nak diresahkan ? kalau kita bersedia dan berusaha di awal-awal lagi mesti perasaan gelisah ini tak akan hadir. Tapi, kalau akhir-akhir semester baru nak mula baca tajuk awal, memang pasti gelisah sebab tak bersedia. Mula rasa pening kepala, pegang buku ini, pegang buku itu, semua rasa serba tak kena. Jadi, tujuan saya menulis ini sebab nak beri tips kepada bakal-bakal yang akan menduduki peperiksaan. Antaranya :

1)Tenangkan diri dengan banyakkan muhasabah

2)Melakukan ibadah pada sepertiga malam

3)baca nota-nota ringkas yang telah dibuat semasa pembelajaran

4)banyakkan latihan soal jawab soalan-soalan peperiksaan tahun lepas, secara tak langsung kita akan merujuk topik-topik yang kita belajar sebelum ini

5)selalu berdoa memohon dipermudahkan urusan

6)bila dah buat semua ini, dah menjawab peperiksaan, barulah kita bertawakkal atau berserah..


Sama-sama kita amalkan ...

Ahad, 11 April 2010

Promosi Majalah Solusi


Majalah Ilmiyah yang berunsurkan Isu-isu semasa yang diperbincangkan dengan bahasa yang mudah untuk difahami oleh semua peringkat umur.

Sabtu, 10 April 2010

Liga APIUM

Kejohana Liga APIUM
1 st game win ( 2-0)

2 nd game win (5-0)

3 rd game win (3-1)

final lost (0-2)