BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Sabtu, 9 Jun 2012

mom, i want to marry....

 hi readers..

it is pleasure to meet again right.. this evening i like to tell you all a short stories. it is fun story i though. i don't know exactly, but u can figure out..

5.00 pm at Kampung Berjaya, a good weather with a gloomy sun and smooth wind come from the east side there  has a small house with painted in blue colour over the wall, nice landscape with have a fortune at the corner side and a small hut between two coconut tree at the right side, a young lady is sit together with her mom in the kitchen preparing a dinner. there are preparing fried chicken and some dessert. at the moment the lady said to her mother,



young lady : mom, it is really critical right now. you should make me marry with some guys.
mom : i want to make a tea right now.
young lady : mom, do you hear what i just told right now? (furious)
mom : nowadays, tea, sugar and milk is getting expensive. (same expression)
young lady : then, what is related about the price to make a tea and the married? (getting more angry)
mom : i have to find money to buy a tea. now i have to find money for your marry.
young lady : erk... ok ... mom sorry... (feel regret)

p/s: the moral of this story, you should have a right time to tell your mother about married. (+_+')...

Jumaat, 18 Mei 2012

FYP !!!

Bismillahirahmanirahim

hm... artikel kali ini nak guna bahasa santai je la....
firstly, nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang sudi mengunjungi blog kiasan minda ini. terima kasih banyak2.


tajuk kali ini pasal FYP. huh.... kalau sebut pasal fyp jer dah meremang bulu tengkok, mata dah pusing-pusing, peluh pun dah mula keluar sikit-sikit. bukan apa, sebab takut kepenangan fyp itu sendiri... haha nampak macam  dah hiperbola sangat, pergh... bahasa bombastik tu...

ok la, kita straight to the point. bukan apa, cuma nak kongsi je la dengan korang, dan mungkin boleh disimpan dalam entri ini juga sebagai kenangan. hm.... memori....

rasanya sesiapa budak tahun akhir belajar dekat u ke, kolej ke, poli ke, atau apa-apa je yang seangkatan dengannya mesti pernah lalui pengalaman menghadapi FYP ni. mana tak nya FYP ini la menjadi tiket korang untuk 'chow' dari kehidupan belajar ini la kan...kan....betul tak.....

sebelum tu, pengumuman2.... buat org2 kampung pisang sebatang, bagi yang tak tahu FYP, FYP ini stand for Final Year Project. budak-budak belajar selalu guna istilah FYP je.... ok, sambung balik....   ini satu pengalaman dan saat-saat yang ditunggukan betul tak..... mana tak nya dah bertungkus lumus dekat setahun menelaah nak siapkan fyp ini kan..... jadi kira biar lepas benda ini kira fuh......lega... rasa macam dah angkat gunung tahan la kiranya.....haha....



walaubagaimanapun, banyak benda yang dapat drpda melalui FYP ni kan...kan... betul tak.... baru tahu susah ke senang menuntut ilmu ini.... jadi benda yg ada kat dada dan otak ini jgan la biar keras dan beku je lepas dah selesai FYP ini.....
pesanan drpd pihak penaja, gunakan dan manfaatkanlah otak dan ilmu di dada ini untuk disumbangkan kepada masyarakat dan negara kelak......majulah sukan utk negara.... apa hal sukan pulak ini..... k dah merapu......

sepanjang menjalankan FYP .... apa yang dapat.... belajar untuk merancang apa benda yg nak dihasilkan utk fyp korang. merancang bila nak start, ambik masa berapa lama nak siap, setiap benda yang nak di buat tu agak berapa lama....macam-mcam lagi la...itu baru rancang bab masa......

lepas tu kena rancang lagi skop atau pengkhususan apa yg korang nak fokuskan.....hm kira isi-isi dalam tajuk tu la, metod dia ke,  idea dia ke, senang kata apa-apa benda yang menjadi isi kepada tajuk fyp tu....
hm... lepas dah rancang apa pula.....

lepas rancang semua tu....mula la tugasan nak jadi ulat buku kat library pula....atau istilah lain dipanggil buat "literature review".... benda ini kena rajin sikit sebab nak menghadap bahan-bahan bacaan yg ada kaitan dgn kajian fyp yang korang buat.... biasanya sesuatu kajian atau projek yg korang buat, mesti dah dibuat oleh orang lain....jadi kira korang memperbaiki apa-apa yg patut... tapi kalau benda tu baru ....fuh.....penat la korang.....tapi takpa bagus benda baru.....kira korang adalah invention la.....

lepas semua benda tu, korang fokus la pula dekat fyp korang, macam mana korang nak implementasikan idea dan gambaran korang tentang fyp korang tu ke dalam report korang.....pandai-pandai la....setiap kaedah itu pelbagai dan ada kelebihan tersendiri..... itu ja la nak kongsi dan nak coretkan.... dah penat pulak....

sebelum itu, ha... nanti dah siap FYP ini tunggulah Halaman Web pertama .....
www.kiasan minda.com.my..... kunjungi la ye.... byk manfaat akan dapat nanti.... insyallah....usaha-doa-tawakal......

k la.....cuma nak bagi korang fikir sikit la....lepas dah habis belajar, apa yang korang nak sumbangkan kepada masyarakat dan negara ? hah, tepuk dada tanya si dia.....haha..... apa-apa pun... . benda-benda ini semua boleh jadi satu iktibar kita bersama..... macam selalu-selalu duk ending la kan......iktibar kita bersama utk tatapan kiasan minda seusia.... fuh....lega.... (+_+')....

salam.... hidup sihat dgn vitagen...... (^_^)...

Isnin, 26 Mac 2012

Ikhlas dalam bersahabat



Ikhlas dalam bersahabat – Dhiyauddin Aziz
 
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
pengajaran: sesiapa yang mengasihi suatu golongan itu dengan ikhlas, maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya untuk melakukan amalan yang sama dengan golongan tersebut.

Bismillah…
Jari-jemari ini mula memulakan langkah untuk menarikan kata-kata, insyallah bermanfaat buat sidang pembaca sekalian. Penulis bukanlah seorang imam yang besar, juga bukanlah seorang menteri kepada sebuah negara, mahupun seorang yang profesor, tapi cukuplah seorang hamba Allah yang sedia untuk menyampaikan sedikit pengisian sebagai satu medium dakwah buat tatapan pembaca sekalian agar menjadi sebuah kiasan minda dalam jalan hidup sebagai seorang muslim jalanan.
Sebagai seorang muslim, penulis cuba untuk melaksanakan apa yang disarankan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. di mana kata-katanya yang sentiasa terpahat di hati seorang manusia yang mengakui dirinya Islam iaitu “Sampaikanlah walaupun sepotong ayat”. Buat pembaca sekalian, sepotong hadis yang hendak dikongsikan adalah Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a. di dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Makna hadis yang dinyatakan di atas adalah “seseorang itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi”. Jika difahami secara amnya hadis ini menyarankan supaya dalam mengenali seseorang itu perlulah adanya sifat ikhlas dan kasih mengasihi supaya kita dapat bersama dengannya.
Pengalaman penulis sendiri melihat bagaimana kesan daripada pengaruh persahabatan dalam mencorakkan rentak hidup penulis sendiri. Hal ini berlaku ketika penulis berada di alam persekolahan dahulu. Secara amnya, apabila kita bersama rakan-rakan yang cenderung ke arah melakukan kemaksiatan, diri yang mempunyai jiwa yang lemahnya iman dan prinsip ini pasti mudah untuk terjebak dan mengikuti cara rakan-rakan sedemikian. Di tambahnya dengan ceteknya ilmu pengetahuan menyebabkan fikiran ini tidak berfikir panjang untuk memutuskan sesuatu keputusan.
Sebaliknya perkara yang kontra berlaku apabila kita bergaul dengan rakan-rakan yang cenderung melakukan kebaikan dan sentiasa menasihati dan menegur kita apabila kita tersalah langkah dalam mengatur tindakan. Diri yang hanya berjiwa muda dan mudah untuk dilenturkan amat mudah untuk menerima kata-kata daripada seseorang itu. Selain itu, ilmu yang kian bertambah hari demi hari mengajar diri ini untuk lebih mendewasakan pemikiran dan tindakan.
Namun bagi penulis, kedua-dua situasi di atas telah banyak mengajar penulis mengenali diri penulis itu sendiri sama ada dalam bentuk pemikiran mahupun tindakan. Perkara-perkara yang berlaku mengajar erti bersyukur kepada Ilahi di mana dipertemukan dengan seseorang yang digelarkan sahabat itu telah mencorakkan warna-warni dalam melayari kanvas kehidupan. Penulis merasakan perkara yang sama kemungkinan turut berlaku kepada sidang pembaca sekalian.
Buat sidang pembaca yang dikasihi, berdasarkan kenyataan hadis dan sebuah ringkasan umum peribadi penulis yang dikongsikan telah menyarankan penulis untuk mengemukakan sebuah tajuk untuk diketengahkan di mana tajuknya yang berbunyi “ikhlas dalam bersahabat”.
Apabila berbicarakan tentang sahabat, terlintas hati ini untuk memetik sepotong ayat Al-Quran di dalam surah Al-Zukhruf:67 maksudnya :
“(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa”.
Ayat di atas memperingatkan kepada setiap manusia di mana ketaqwaanlah yang akan diukur di akhirat kelak. Oleh itu, dalam bersahabat penuhilah diri ini dengan ketaqwaan kepada Allah iaitu takut kepada Allah. Takut kepada Allah ini diterjemahkan sebagai kita mengikuti dan melakukan syariat ataupun perintah Allah dan kita menjauhi dan meninggalkan larangan Allah.
Hubungan manusia sesama manusia dapat dibentuk dengan baiknya jika kita menjaga hubungan manusia dengan tuhannya. Akhlak seseorang itu dibentuk daripada dalam iaitu hatinya. Benarlah kenyataan Imam ghazali di mana hati itu adalah raja dalam diri. Jika baik hatinya maka baiklah akhlaknya.
Terlintas pula di hati penulis untuk dikongsikan sebuah kisah sahabat Rasulullah yang dapat dicontohi buat pembaca sekalian. Kisah ini berlaku ketika peristiwa hijrah baginda Nabi Muhammad S.A.W. ke kota Madinah yang mana pertama kalinya berlaku penyatuan yang bersejarah dalam Islam iaitu penyatuan kaum Muhajirin dan Ansar. Walaupun, baru sahaja berkenalan namun hubungan sesama mereka ibarat sudah berkenalan agak lama. Kisah seorang sahabat bernama Abdul Rahman bin Auf yang mana beliau adalah seorang peniaga yang berjaya di Makkah suatu ketika dahulu sebelum berhijrah ke Kota Madinah. Hijrahnya telah memaksanya meniggalkan segala hartanya demi menyempurnakan dakwah Islam itu. Namun pengorbanannya tidaklah sia-sia di mana bermulanya persahabatan dengan kaum ansar di Kota Madinah memberinya satu peluang baru untuk menjadikan peniaga yang berjaya juga. Hal ini berlaku apabila sahabat daripada kaum ansar mempelawakan pelbagai kemudahan untuknya, namun hanya satu yang diminta supaya diberikan sedikit modal dan sebuah tapak untuk berniaga di Kota Madinah. Akhirnya terbukti apabila beliau menjadi salah seorang peniaga yang terkenal di Kota Madinah dan berjaya memiliki segala perkara yang ditawarkan oleh sahabat daripada Ansar itu dengan usahanya sendiri.      
Sebagai mengakhiri coretan penulis ini, sekali lagi penulis ingin mengulangi tajuk perkongsian ini iaitu ikhlaslah dalam bersahabat. Mudah-mudahan dengan coretan yang tak sebeberapa ini ini dapat memberi serba sedikit nasihat dan motivasi kepada sidang pembaca sekalian dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba kepada pencipta. Kiasannya, ibarat usaha untuk mencorakkan warna-warni kehidupan pada kanvas putih kehidupan. Sebagai penutup, ingatlah hubungan muslim sesama muslim itu ibarat sebuah anggota badan, jika terdapat salah satu daripada anggota yang sakit maka sakitnya terasa keseluruh anggota. Wallahualam…

Sejarah Pemeliharaan Kemurniaan Al-Quran


Islam - Sejarah Pemeliharaan Kemurniaan Al-Quran (Al-Quran di masa Abu Bakar r.a.) – Dhiyauddin Aziz


Selepas kematian baginda Rasulullah S.A.W.  Para sahabat dalam kalangan Ansar dan Muhajirin, sepakat melantik Abu Bakar r.a. sebagai khalifah. Ketika ini, ramai di antara mereka masih belum kuat pegangan imannya terutama golongan daripada kawasan Nedjad dan Yaman. Dilema yang dihadapi adalah golongan yang murtad dari agama dan golongan yang menolak untuk membayar zakat. Selain itu masalah nabi palsu di mana terdapat dalam kalangan mereka yang mengaku sebagai nabi. Semua dilema ataupun masalah ini dihadapi oleh Abu Bakar r.a. dengan tegas, sehingga dia berkata kepada golongan yang menolak untuk membayar zakat
Demi Allah ! Kalau mereka menolaku untuk menyerahkan seekor anak kambing sebagai zakat (seperti apa) yang pernah mereka serahkan kepada Rasulullah, nescaya aku akan memerangi mereka”.   
Maka tercetusnya peperangan yang hebat untuk menumpaskan mereka yang murtad dan dan pengikut-pengikut orang yang mengaku dirinya sebagai nabi itu. Di antara peperangan yang terkenal  adalah peperangan Yamamah. Di dalam peperangan ini, tentera Islam yang mengikuti peperangan ini antaranya daripada para sahabat dan dan daripada para penghafal Al-Quran. Daripada peperangan ini seramai 70 orang penghafal Al-Quran telah syahid.
Oleh kerana Umar bin Khattab r.a. risau akan berlakunya lebih ramai para sahabat penghafal Al-Quran yang akan gugur di medan peperangan, maka dia mendatangi Abu Bakar untuk bermesyuarat tentang masalah ini. Dalam buku-buku tafsir dan hadith yang menceritakan tentang percakapan yang berlaku antara Abu Bakar r.a. , Umar bin Khattab r.a. dan Zaid bin Tsabit mengenai pengumpulan Al-Quran diterangkan sebagai berikut :
Umar berkata kepada Abu Bakar:
“Dalam peperangan Yamamah para sahabat yang menghafal Al-Quran telah banyak syahid di medan peperangang. Saya risau akan gugurnya para sahabat yang lain dalam peperangan selanjutnya, sehingga banyak ayat-ayat Al-Quran yang hilang sebab kematian mereka. Oleh sebab itu, saya berpendapat Al-Quran itu perlu dikumpulkan”.
Abu Bakar menjawab :
“Mengapa aku akan melakukan sesuatu yang tidak diperbuat oleh Rasulullah?”.
Umar menegaskan :
“Demi Allah ! Ini adalah perbuatan yang baik”.
Umar berulang kali memberikan alasan-alasan kebaikan pengumpulan Al-Quran ini, sehingga Allah membukakan pintu hati Abu Bakar untuk menerima pendapat Umar itu. Kemudian Abu Bakar memanggil Zaid bin Thabit dan berkata kepadanya:
“Umar ini mengajakku mengumpulkan Al-Quran “.
Lalu diceritakan segala perbualannya dengan Umar. Kemudian Abu Bakar berkata:
“Engkau adalah seorang pemuda yang cerdas yang ku percayai sepenuhnya. Dan engkau adalah seorang penulis wahyu yang selalu disuruh oleh Rasulullah. Oleh kerana itu, maka kumpulkan ayat-ayat Al-Quran itu”.
Zaid menjawab :
“Demi Allah ! Ini adalah pekerjaan yang berat bagiku. Seandainya aku diperintahkan untuk memindahkan sebuah bukit, maka hal itu tidaklah lebih berat bagiku daridapa mengumpulkan Al-Quran yang engkau perintahkan itu”.
Seterusnya dia berkata kepada Abu Bakar dan Umar :
“Mengapa kamu melakukan sesuatu yang tidak diperbuat oleh Nabi?”
Abu Bakar menjawab :
Demi Allah ! Ini adalah perbuatan yang baik”.
Kemudian, Abu Bakar memberikan alasan-alasan kebaikan pengumpulan ayat-ayat Al-Quran itu sehingga membukakan pintu hati Zaid, kemudian dia mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran daripada daun, pelepah kurma, batu, tanah keras, tulang unta atau kambing dan daripada sahabat-sahabat yang menghafal Al-Quran.
Dalam usaha mengumpulkan Ayat Al-Quran, Zaid bin Thabit  bekerja dengan penuh  ketelitian. Walaupun dia telah menghafal keseluruhan Al-Quran, tetapi untuk kepentingan umat Islam sejagat ayat-ayat Al-Quran masih dirujuk kepada hafalan ataupun catatan sahabat-sahabat yang lain dengan disaksikan oleh dua orang saksi.
Oleh yang demikian, Al-Quran seluruhnya telah ditulis oleh Zaid bin Thabit dalam lembaran-lembaran dan diikatnya dengan benang, tersusun menurut urutan ayat-ayatnya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Rasulullah, kemudian diserahkan kepada Abu Bakar. Mushaf ini tetap ditangan Abu Bakar sampai ia meninggal, kemudian dipindahkan ke rumah Umar bin Khattab dan tetap ada di sana selama pemerintahannya. Sesudah beliau wafat, Mushaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah , puteri Umar isteri Rasulullah sehingga pengumpulan dan penyusunan Al-Quran berlaku di masa Khalifah Utsman.

Khamis, 16 Februari 2012

Salam senja...

bismillahirahmanirrahim...

ku mulakan coretan ini dengan lafaz agung yang sentiasa memuji yang Maha Esa. semoga penulisan kali ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada-Nya. Jam menunjukkan pukul 12:56 pm. aku mula menarikan jari-jemari ini untuk menulis pada catatan baru di laman blogku ini. Salam senja ....kenapa ? senja ini menggambarkan sesuatu masa yang hampir tamat, senja menggambarkan waktu siang yang hampir tamat untuk berubah kepada waktu malam, senja juga menggambarkan usia seseorang yang hampir ke penghujungnya. hari ini aku dapat khabar berita tentang kematian pak ngahku yang baru menghembuskan nafas terakhirnya. ku sedekahkan al-fatihah dan ku panjatkan doa semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. pak ngah sentiasa menjadi orang yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada ku apabila aku pulang ke kampung menziarahinya. pak ngah juga sentiasa memberi nasihat kepada kami adik-beradik supaya menjadi orang yang berguna apabila tamat belajar nanti. loghat penangnya yang pekat, kadang-kadang bercakap dalam bahasa inggeris membuat diriku kagum dengan dirinya kerana walaupun usia lanjut, namun penguasaan pelbagai bahasa tetap lancar bermain di lidahnya. Dia dikenali di tempat lahirnya dengan panggilan nana kerana keasliannya sebagai orang penang. sikap prihatinnya kepada masyarakat setempat menjadikannya dia dihormati dan disegani. Aku bersyukur kerana pernah bersama pak ngah walaupun mulai hari ini aku tidak akan berjumpanya lagi. ketika ini aku masih di kuala lumpur, sedihnya aku tidak dapat pulang untuk bersama-sama menguruskan jenazahnya pada pagi ini. peristiwa ini mengingatkan ku semula tentang perkara yang berlaku ketika arwah nenekku. ketika itu aku baru dua minggu di universiti malaya nilam puri memulakan hidup sebagai seorang pelajar. nenek atau aku panggilnya dengan tok, sentiasa diingatanku walaupun telah lama tok telah kembali ke rahmatullah. dua bulan aku menjaganya, makan, minumnya, tidur mandinya. pernah satu ketika  perkara yang paling aku ingat adalah tok mengajarku masak ikan termenung masak asam pedas yang menjadi kegemarannya. itulah satu-satunya resipi yang tok ajar sebelum aku berpisah dengannya. Semoga kedua-duanya ditempatkan di tempat orang yang beriman diakhirat nanti. amin... setiap yang hidup pasti akan mati..tabahlah.....tabahlah wahai diri ini. biarlah coretan ini menjadi satu simpanan peribadiku.. salam senja....satu kiasan minda ....satu luahan rasa.... buat diriku yang berduka...  Al-fatihah....