BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Khamis, 16 Februari 2012

Salam senja...

bismillahirahmanirrahim...

ku mulakan coretan ini dengan lafaz agung yang sentiasa memuji yang Maha Esa. semoga penulisan kali ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada-Nya. Jam menunjukkan pukul 12:56 pm. aku mula menarikan jari-jemari ini untuk menulis pada catatan baru di laman blogku ini. Salam senja ....kenapa ? senja ini menggambarkan sesuatu masa yang hampir tamat, senja menggambarkan waktu siang yang hampir tamat untuk berubah kepada waktu malam, senja juga menggambarkan usia seseorang yang hampir ke penghujungnya. hari ini aku dapat khabar berita tentang kematian pak ngahku yang baru menghembuskan nafas terakhirnya. ku sedekahkan al-fatihah dan ku panjatkan doa semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. pak ngah sentiasa menjadi orang yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada ku apabila aku pulang ke kampung menziarahinya. pak ngah juga sentiasa memberi nasihat kepada kami adik-beradik supaya menjadi orang yang berguna apabila tamat belajar nanti. loghat penangnya yang pekat, kadang-kadang bercakap dalam bahasa inggeris membuat diriku kagum dengan dirinya kerana walaupun usia lanjut, namun penguasaan pelbagai bahasa tetap lancar bermain di lidahnya. Dia dikenali di tempat lahirnya dengan panggilan nana kerana keasliannya sebagai orang penang. sikap prihatinnya kepada masyarakat setempat menjadikannya dia dihormati dan disegani. Aku bersyukur kerana pernah bersama pak ngah walaupun mulai hari ini aku tidak akan berjumpanya lagi. ketika ini aku masih di kuala lumpur, sedihnya aku tidak dapat pulang untuk bersama-sama menguruskan jenazahnya pada pagi ini. peristiwa ini mengingatkan ku semula tentang perkara yang berlaku ketika arwah nenekku. ketika itu aku baru dua minggu di universiti malaya nilam puri memulakan hidup sebagai seorang pelajar. nenek atau aku panggilnya dengan tok, sentiasa diingatanku walaupun telah lama tok telah kembali ke rahmatullah. dua bulan aku menjaganya, makan, minumnya, tidur mandinya. pernah satu ketika  perkara yang paling aku ingat adalah tok mengajarku masak ikan termenung masak asam pedas yang menjadi kegemarannya. itulah satu-satunya resipi yang tok ajar sebelum aku berpisah dengannya. Semoga kedua-duanya ditempatkan di tempat orang yang beriman diakhirat nanti. amin... setiap yang hidup pasti akan mati..tabahlah.....tabahlah wahai diri ini. biarlah coretan ini menjadi satu simpanan peribadiku.. salam senja....satu kiasan minda ....satu luahan rasa.... buat diriku yang berduka...  Al-fatihah....

1 ulasan:

  1. Takziah diucapkan. Semoga terus tabah meneruskan hidup d bumi Allah ini. Kita masih ada Allah :)

    BalasPadam