BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Rabu, 1 Disember 2010

Honk ! if you are Malaysian



the tittle of this entry is refer to the one of the book that i bought last week.
it is different and interesting books. the book is wrote by Lydia Teh and published by MPH bookstore.
i thought the special of this book are just a simple,short and relax story to enjoy it.
And everything is talk about behavior of some people who live in Malaysia and we call them Malaysian.
how she send the message to the readers in creative method and funny but really make it sense. credit for lydia teh.
actually i am not finished yet but, i can said that sometimes if you are trying to advice the people you should have various creative method to advice it.
also i can see that the writer is caring and loving to her country very much.
the point is, i thought you should buy and read this book if you are Malaysians.
It is funny and have a lot of value you will learn about it.
It is right Leng Lui ? (^_^)....

Selasa, 16 November 2010

Bina 1Malaysia

Apa itu bina 1 Malaysia ?
Bina 1 Malaysia adalah satu program yang bakal menerjah anda tidak kira tua atau muda.
Program yang dirancang oleh satu agensi di bawah kerajaan dipanggil INMIND adalah usaha untuk menerapkan 8 nilai iaitu berpretasi tinggi, bijaksana, budaya ilmu, ketabahan, integriti, budaya inovasi, kesetiaan dan _________ ?(kerja rumah kepada pembaca)
Semua ini adalah usaha kerajaan untuk mentranformasikan masyarakat di Malaysia ini agar mementingkan nilai dan bukan sahaja mementingkan nilai walhal dapat mengaplikasikan nilai-nilai ini dalam peribadi seseorang itu. Negara Malaysia ini terkenal dengan masyarakat yang sopan-santun dan berbudi bahasa, justeru seluruh negara di dunia memang sudah maklum tentang perkara ini. Persoalan saya sejauh mana nilai yang diterapkan ini dapat dihayati oleh semua lapisan masyarakat yang majmuk di tanah airku yang tercinta ini ?
"Rambut sama hitam, hati lain-lain" cukup dengan pepatah melayu ini dapat menggambarkan masyarakat di negara kita ini. Para pembaca sekalian, apakah modal insan yang ingin kita lahirkan ? Dewasa ini, pelbagai isu yang dipaparkan di akhbar dan berita-berita tempatan yang membuatkan kita risau dan takut. Kejadian 'anak bunuh ibu', kanak-kanak di bawah umur dirogol', 'pelajar lahirkan anak luar nikah' dan pelbagai lagi paparan yang boleh membuatkan kita risau dan cemas. Penulis tertarik dengan kata-kata dari salah seorang sahabat "negara kita selamat tapi tidak sejahtera". Walaupun biasa ungkapannya, tetapi menggambarkan situasi sebenar yang berlaku di negara Malaysia ini. Ibnu Khaldun di dalam teori ketamadunannya mendefinasikan tamadun ini diistilahkan 'umran' dan mengalami kitaran peradaban dimana pada mulanya kita membangun, kemudian diikuti dengan memajukan dan akhir sekali keruntuhan. Perkara ini membimbangkan penulis sama ada negara malaysia ini di tahap membangun atau memajukan ataupun keruntuhan. Perkara yang jelas di pemerhatian kita adalah masyarakat kita semakin keruntuhan akhlak. Kes-kes yang membimbangkan tumbuh bagai cendawan. Penulis terpanggil untuk melontarkan pandangan tentang situasi yang membimbangkan ini.
Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan sentiasa mengambil kira sosial, ekonomi, pendidikan, kerjaya dan berbagai-bagai perkara penting lagi. Namun, penulis hairan dengan langkah-langkah yang dilakukan tidak memberi impak yang tinggi kepada perkembangan masyarakat kita pada hari ini. Kenapa perkara ini berlaku ?
"Tepuk dada tanya diri " di dalam firman -Nya mafhum "seseorang itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan dirinya sendiri yang mengubahnya" maksudnya disini seseorang itu tidak akan mampu mengubah sesuatu masyarakat melainkan individu di dalam masyarakat itu sendiri sedar dan berusaha mengubahnya.
Kita mahu lihat negara kita adalah sebuah negara yang bertamadun, maju, dan sejahtera. Tapi, siapa yang akan memastikan negara yang tercinta ini bertamadun, maju dan sejahtera kalau bukan kita sendiri. Wahai pembaca sekalian, tidak pernah lupa mantan perdana menteri kita pernah berkata "masyarakat di Malaysia ini perlu mengambil masa seketika untuk berfikir sejenak apa yang akan dilakukan untuk negara ini pada masa depan kelak nanti".
Agama islam adalah penyelesaian kepada perkara ini. Hal ini kerana telah maklum dimana Allah s.w.t. sendiri memberitahu di dalam wahyunya bahawa agama ini telah sempurna diturunkan. Nabi Muhammad s.a.w. itu sendiri adalah teladan yang wajib dicontohi. Persoalannya bagaimana Agama islam ini dapat disampaikan kepada masyarakat hari ini dengan penuh hikmah dan bijaksana. Tambahan lagi, dengan pelbagai kemudahan teknologi yang ada untuk dimanfaatkan pada jalan yang tepat. Cukup sahaja beberapa patah perkataan dari penulis untuk pembaca sekalian sebagai kiasan minda di pagi hari ini.
Sekali lagi penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat islam di dunia ini.
Sekian. semoga ketemu lagi....

Ahad, 7 November 2010

jangan serik datang lagi...


alkisah.... tersebutlah kisah
tanggal 5 Nov. 2010 dan 6 Nov. 2010
detik sejarah muncul kembali.Buat pembaca blogku ini sekalian, aku cuma nak kongsi dengan kalian sebahagian perkara yang berlaku ketika aku mengikuti trip ini yang diisytihar sebagai'ziarah raya' kenapa dengan tajuk tulisanku berbunyi sedemikian
'jangan serik datang lagi'
ha.... ini la nak cerita ni.
perjalanan kami bermula di pagi hari jumaat,
selepas solat subuh tu kami dah kena kumpul
di surau kolej 5 jam 6.30 pagi.
lepas semua dah kumpul, pengarah utk trip kali ini memberi taklimatnya....saudara naqib al-attas bukan org lain, temanku jua
perjalanan kali ini akan berkunjung ke 7 buah rumah selama 2 hari.
pergh..... 7 buah rumah sahabat-sahabat... 3 buah negeri.mula-mula melaka, lepas tu Johor, dan last sekali negeri 9.
ha... best tak, mesti best la..

objektif dia kenapa diadakan aktiviti ini.
1)merapatkan silaturrahim
selari dgn sabda nabi; bertemu dan berpisah kerana Allah
kami ni jenis susah nak berjumpa, biasa la masing-masing mengambil jurusan pengkhususan yg berbeza. jadi salah satu cara untuk menyuburkan ukhwah yg terjalin di antara kami
dengan mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ini la.

buat pembaca sekalian,kawan-kawan mungkin seribu yang kita boleh cari, tapi dari seribu tu berapa yg sanggup susah dan senang bersama-sama. mungkin boleh kira dgn jari ja..

ok, sambung semula..
lepas dah dgr taklimat, kami pun mula bergerak 'tayar bergolek' ke destinasi pertama kami
iaitu rumah farhani. fadhlan yg akan mengetuai perjalanan kami ini. Masa dalam perjalanan ok ja.. sbb apa ? sebab ada GPS ... jadi driver ikut GPS ja la... tu yg smooth tu perjalanan kami.
tapi nak cerita, teknologi tu bukan penyelesaian kpd segala-galanya kami terlepas dari simpang keluar yg sepatutnya. itulah, ada teknologi, tapi masih kurang mahir menggunakannya..
walaubagaimanapun... alhamdulillah kami sampai juga..

di MELAKA.........

kat rumah farhani ni dekat dgn pantai klebang, ada arnab, dekat dgn surau, ada pisang serendah, siap bawa balik lagi... memang manis la pisang dia.. terima kasih la utk tuan rumah. lepas tu masa nak balik tu, hidayah pula tertinggal kunci kereta dlm kereta dia, tapi kereta dah terkunci. seronoknya nak gtau, masa nak balik baru perasan.... aduh... dah satu masalah. nasib baik ada hero kami lan, fuh memang serba boleh la, dia menggunakan skill dan kemahiran yg ada utk buka kunci kereta dayah ni tanpa merosakkan kereta dayah... tu la org kata pengalaman tu mengajar kita... mesti si lan dah ada pengalaman kereta terkunci la yg boleh buat dia selesai prob. hari tu.

kemudian kami ke destinasi seterusnya, di rumah fuadah. pergh makanan memang menyelerakan dan segera. apa taknya ayam KFC, semua org sapu sampai tak bangun waktu makan tu.. sampai ketua kami pun boleh kata makanan kegemaran org kampungnya... haha kelakar pulak dengar dia kata macam tu. Sebelum beredar tu, ayah fuadah menyampaikan amanatnya, memang bermakna dan kelakar.
seterusnya bergerak ke rumah umi. kami dibawa berjalan-jalan ke pantai sebab rumah umi ini dengan pantai. kalau tak salah aku pantai paya bakau namanya. punya syok jalan-jalan sampai terlupa kami dah jalan sekeliling kawasan tu dekat 3 kilometer. nak balik semua pakat lelah nak sampai rumah... apalah nasib... haha.... memang tak boleh lupa la...

kami dikategorikan sebagai musafir la utk dua hari ini.. solat tak pernah lupa sebagai tanggungjawab seorang muslim.... kerana solat itu dpt mencegah daripada kemungkaran....

rumah terakhir utk hari tu, adalah rumah sakinah. kami dihidangkan ikan bakar.....pergh memang selera la cakap... lepas tahlil kami mula menjamu selera... semua muka teman-teman aku kepenatan. penat makan dan berjalan....haha... tapi sebelum beredarnya dari rumah, tuan rumah sentiasa berkata "jangan serik datang lagi"..

keesokannya pula...


di .....JOHOR

di johor pula di batu pahat. rumah teman sekelas dgnku wana. perkataan yg keluar dari mulut aku lepas sampai depan rumah dia," ni kilang ke rumah" ... besar rumah dia.. rumah dia ala-ala istana Jawa... haha... tapi memang menarik bila berada di rumah dia... kakak dia dah macam kembar pula... suara pun dah sebunyi dgn dia kak wangi kami panggil. Tapi, apa-apa pun ucap terima kasih kepada tuan rumah sebab sudi menerima kehadiran kami.
di....negeri 9
perjalan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam dari johor... pergh masing-masing driver dah pusing kepala sebab tgk jalan... tapi apa-apa pun ucap tahniah kpd semua driver yang berhati-hati dan bertahan dalam perjalanan.


sampai di rumah yanti... di felda seriting hilir 5
dah sampai apa lagi... kami pun dihidangkan ikan keli masak pedas dengan labu masak lemak...pergh... memang selera la... sebab apa ? mana tak nya 4 jam kelaparan dalam kereta... semuanya makan dengan selera sekali... lepas tu sesi bergambar dgn tuan rumah sekeluarga...
dan ucapan balas dari kami sebagai tetamu...

dan untuk rumah terakhirnya adalah rumah raudhah di rembau...walaupun perjalanan malam tu agak sukar sikit sebab jalan licin dan gelap... hujan masa tu... dengan jalan tak ada lampu....ikut jalan kampung tak beberapa besar....tapi....alhamdulillah selamat sampai... kami dihidangkan rendang ayam dan nasi impit...

*memang satu perjalanan yang menarik dan kenangan yang tak akan dilupakan. kadang-kadang bila aku tulis semula apa yang berlaku, aku dapat mengingat semula gambaran-gambaran yang berlaku pada masa tu sebagai kiasan minda seketika.... tidak ruginya kita berkunjung ke rumah-rumah sahabat sebab menyambungkan silaturrahim ini adalah salah satu cara kita dipanjangkan umur. Ingat islam itu indah dan cantik jika kita dapat menterjemahkan nasihat-nasihat agama pada bentuk jalan yang tepat dan bijaksana...akhir kata, cukuplah warkah ini ditulis sebagai bukti kenangan kita bersama-sama teman-temanku.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Perjalanan Baru Bermula

rasa dah lama tak menulis dalam bahasa yang mudah dan sentiasa guna bila bersembang-sembang. kali ini aku rasa macam nak tulis dalam bahasa yang mudah. buat pembaca dan yang sentiasa mengikuti blogku ini, hayati tulisanku yg mudah ini.

aku cuma nak cerita apa yang berlaku pada hari ini. pagi ini aku rasa sungguh seronok sebab nak sambut kedatangan ibu dan kakakku yang akan datang ke kl. rindu bila lama tak bersua. betul tak?

mesti para pembaca setuju punya. bagi yang dah tiada ibu dan ayah, saya minta maaf. al-fatihah disedekahkan. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dalam kalangan para solehin.

sambung semula cerita tadi, pukul 2 ptg tepat aku bergegas terus ke kl sentral dgn kereta yg dipinjam dari temanku. bila nampak ja muka mak dan kakak aku, aku rasa sangat gembira, hanya tuhan yang mengetahui. itulah nikmat dunia yg allah kurnikan kepada kita insan yg lemah ini.

lepas tu, aku bawa mak dan kakak aku ambik adik aku, dan kita org p kedai makan ikan bakar yg sedap di Setiawangsa. siapa tak kenal kalau 'skinchan ikan bakar'. memang aku bagi rating tinggi la p kedai ikan bakar ni. sedap dan berpatutan la harganya. jadi aku syorkan para pembaca supaya try la makan kat kedai ni. memang tak rugi.

walaupun seketika, tapi memang menghargai dan bermakna bagi hidup diperantauan. teringat pula lagu pramlee tajuk tentang dendang perantau. apa kan daya... masa tak akan kembali... hancur musnahnya......semuanya....~~

esok pulak abg gua konvo. aku nak p rasa la sikit macam mana rasa org yg dah konvo ni..mesti bestkan.. biasa la org dah diiktiraf...aku ni pula p menyibuk...takpala bukan selalu...

ok la aku nak cau, nak p ambik adik aku, dan nak ke kajang pula... harap para pembaca dapat doakan keselamatan saya utk perjalanan malm dan esok nanti..

ini yg kata, perjalanan baru bermula... esok masih ada....

Selasa, 26 Oktober 2010


السلا م عليكم
كالي إيني سياي راسا نك توليس دالم بنتوق توليسن جاوي
توليسن جاوي ثوداه ماكين دلوفاكن
دان جنراسي بارو ثوداه مولا تيداق ماهو تاهو
افا إتو توليسن جاوي

تمنكو سكاليان
ثجاوه مانا كيتا بروبه ماجو ك حادافن
اوساحله كيتا لوفاكن واريسن

د مانا بومي د فيجاق دسيتو لا عّيت د جونجوعّ
توليسان جاوي اداله توليسان واريسان
سفانجعّ زامن

عّ=nga *
فا=fa/pa *

Jumaat, 15 Oktober 2010

If i'm the leader of people voice, What Is Your Imagination For The Future?

So,
i am still try
to continue my words.
in english word.
why ?
because,
it is globalization language.
i don't know
if my words
is okay for
the readers.

i hope
you can read
and understand.

it is easy
and beneficial.

Today
i would like
to share
with you
about some
current issues
that i though
it is important
for tertiary level
to well known
about it.

First of all,
it is about
bribe
Do you know
how serious
was a case
if,
it is a bribe case.

To let you
know,
this morning
we attend
to
a talk,
where the
title is about
"Bribe,
between
reality and perception"

For
what i have
heard
we have
a freedom,integrity and authority
group
that manage
all about the cases
relate to the bribe case
we call "SPRM"
in malay, it is stand for
"Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia"
i hope this
authority group
will do their
job
honestly
to ensure
our country
is safe
from any
bribe cases.

It is because
a development country
should have
an integrity society
as
a background
of the citizens and
people

My question
Are you ready for that?

Secondly,
also as the lastly
i though
that leader from people
choice
it is not
easy
to survive it

You
as a leader
from people choice
should voice out
what is people
want it.
You also should understand
about
their hope
and what they
want it.
because you are
the leader from
people choose
it is reality
and
not fantasy

so,
if i am a leader
what is your imagination for the future?
Could you share it
with me

Selasa, 5 Oktober 2010

FirSt enTriE in EngLish WoRds

First of all, i would like to apologize if I make a lot of mistake while writing in English. Just try to make this entry have other language. Sometime in Malay and sometime in English. I hope all readers can appreciate for what i have done.

Dear readers,
Thank you to for spends a few times to read my blog. It is satisfied for me to say anything that I though it is beneficial and useful to share with anyone. Maybe this verbs is familiar to you, "sharing is caring".

This month is the end of lectures month, which mean the last month we attend to the class for this semester. A lot of work to do and submit punctually in this month. Every semester is being like this. During the end of semester, student is busy to finish their assessment and final project.
Library started to be crowded with students, some of important book has been borrowed, oral presentation, and many things to be done.

However, activities in this University is still going very well. From association in Student Affair until college activities, there are still happening as usually as many years before. It is exist one question "How this student cope with academic and activities together without having any problems ?"

Back to the beginning, i would like to tell you again, the most important thing for tertiary level is, it is beneficial for you to have more than one language as communication language. Nowadays, we are going to globalization circumstance and we should survive it.

Just a few words, for me and you all to think about it. Thank you for reading.

Rabu, 29 September 2010

Kemelut Peradaban Remaja di Malaysia

Pada 28/9/2010

Jam : 2.30 ptg.

Penulis menghadirkan diri ke Seminar Peradaban Remaja di Malaysia di Dewan Kuliah Utama (DKU) Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Pembentangan pada masa itu oleh Prof Saedah Siraj dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Tajuk pembentangan beliau "Mendekatkan diri kepada Remaja : Peranan institusi keluarga"

3.00 ptg.
Ketika ini penulis mula beredar daripada tempat seminar itu. Walaupun penulis tidak berada di dalam dewan itu dalam jangka masa yang lama, namun ada juga beberapa perkara penting yang penulis peroleh untuk dikongsi bersama sidang pembaca. Perkara tersebut adalah mengenal remaja ini, bukanlah kita dapat mengenal mereka ini ketika mereka remaja sahaja. Tapi apa yang diperkatakan oleh pembentang, ialah mengenal remaja ini daripada mengenal hidupan iaitu bermulanya daripada percantuman benih lelaki dan perempuan lagi. Maksudnya, ketika masih dalam janin lagi, mereka ini perlu dididik dan dibentuk sebelum mereka ini bergelar remaja. Maka, keadaan ini dapat menggambarkan yang peranan ibu itu penting dalam mencorakkan anaknya pada masa akan datang melalui kelakuan sehariannya. Hal ini kerana di dalam diri manusia ada dua unsur yang penting iaitu unsur ransangan manusia dan unsur ransangan haiwan. Jadi kedua-dua perkara ini perlu seimbang atau menjadikan unsur ransangan manusia itu lebih dominan berbanding unsur ransangan haiwan.
Kesimpulannya di sini, corak pembentukan awal sejak dari kecil lagi perlu diterapkan dengan hikmah dan bijaksana supaya hasilnya dikemudian hari nanti adalah corak pembentukan yang terbaik. Sama ada akhlaknya, pertuturannya, emosinya dan yang paling penting adalah jasmani dan rohaninya, semuanya adalah hasil daripada corak pembentukan awal seseorang sebelum bergelar 'remaja'.

3.30 ptg.
Balik Kolej..

Sabtu, 4 September 2010

Selamat Hari Raya


Di sini, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Semoga hari raya tahun ini adalah hari kemerdekaan yang terbaik utk kita selepas sebulan berjuang menjalani ibadah puasa. Mudah-mudahan bagi yang pulang ke kampung halaman, semoga selamat sampai ke kampung halaman. Hati-hati memandu, ingat sekarang dah musim perayaan, pihak berkuasa pun dan mulakan Ops Sikap, jadi elakkan daripada disaman. Masing-masing nak laju supaya sampai kampungkan, tapi mesti beringatlah sama orang yang tersayang sedang menanti kita di sana. Jadi, hati-hatilah memandu semasa dalam perjalanan nanti ye. Bulan puasa pun dah nak berakhir, sedih rasanya hendak meninggalkan bulan ramadhan ini, jadi manfaatlah dan hargailah saat akhir di bulan ramadhan ini. Semoga kita mendapat keredhaan dan mencapai apa yang diharapkan semasa dalam bulan puasa ini iaitu menjadi orang yang bertaqwa. Kejarlah lailatulqadar selagi mana masa masih ada. Bagi yang tak dapat balik beraya di kampung halaman, janganlah bersedih. Insyallah raya akan datang pula mungkin diberi peluang beraya di kampung. Jalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin. cukuplah beberapa kata ini diwarkahkan sebagai kiasan minda di hari akan datang. Akhir Kalam, dengan rasa rendah dirinya, penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...

Rabu, 1 September 2010

Journey to the Thailand

Penulis ada sedikit kisah nak dikongsi bersama semasa penulis diberi peluang ke thailand tahun lepas, pertama kali ke luar negara la katakan. Kisah dari hari pertama sampai la penulis pulang ke tanah air (tapi ada juga hari yang penulis tak dapat menulis kerana ada masalah tertentu-maaf yer..)... harap-harap sedikit pengalaman ini dapat dikongsi ...selamat membaca.. huhu...


JOURNEY TO THE THAILAND
7 Ogos 2009

4.30 a.m. kami mula bangun pagi untuk bertolak dari kolej. Aku dan Syafiq tak tidur langsung,
Fuh… penat la… lan dgn rafais pula terlambat bangun , aduh.. kan dah jadi lewat
Perjalanan….. akhirnya kami pun bertolak dari kolej dgn selamatnya…
Alhamdulillah..

5.30 a.m. hah… dah sampai pun airport. Ramai betul orang kat situ.. semua nak naik kapal
Terbang.. aku pun kali pertama naik kapal terbang.. rasa macam tak percaya
pula..tapi memang real pun…. haha…. mula-mula kami bahagikan bagasi-bagasi kami
untuk di periksa.. kemudian, kami ke kaunter timbang berat beg.. alamak, kata setiap
orang hanya 15 kilo jer… tapi bahagian aku je dah 31.0 kilo… ha, nak kira macam
mana tu… dalam pukul 7 tu baru selesai pemeriksaan beg untuk tahap pertama..
subuh pun dah nak habis… apa lagi, terus la ke surau utk jalankan tanggungjawab
seorang islam.. lepas tu aku dgn lan p tukar duit Thailand. Di Thailand duitnya
dipanggil Baht. Aku tukar RM 100, dapat 890 baht… ha… dah dekat seribu tu..
kaya-kaya…

8.00 a.m. kami teruskan perjalanan ke pemeriksaan utk tahap kedua. Aduh, dah la aku bawa
pisau, apa lagi, kena rampas la. Bagi jer la kalau nak melancarkan perjalanan.. tapi
pisau tu aku guna utk p camping.. mcm mana la terbawa pula… satu lagi pisau tu ayah
aku beli kat mekkah lagi… apa nak jawab nanti…

8.30 a.m. Alhamdulillah… dah ada dalam kapal terbang… rasa macam duduk dalam bas jer..
tapi bila tgk luar… rasa gayat pun ada.. tgk org sebelah rilek ja.. macam dah biasa
outstation ja.. kat kerusi tu ja, ada meja utk lapik apa-apa, aircond dia simple gila…
kalau nak apa-apa tekan je button gambar org angkat tangan…. Bagus la dia punya
navigation antara peramugari dgn penumpang.. Air Asia kira ok la…satu lagi sebelum
terlupa, baju keselamatan bawah kerusi.. Bila kapal terbang dah nak berlepas, time tu
la mula timbul macam perasaan. Rasa takut, cemas, sedih , semua ada. Tapi yang
paling penting harap selamat berlepas ja..

8.30 a.m. fuh… selamat berlepas….

9.30 a.m. perut dah mula bunyi, kru…kru… kita duk tunggu dia punya peramugari nak mula
beri makanan ja… aku ingatkan free.. apa lagi, pesan la sandwich tuna dgn fresh
orange, puh… kena RM 12. Ha… ambik ko, nak makan sangat..kalau makan kat kolej
12 rasanya baru RM 4. Memang berbeza.. tapi takpa, makanan dia sedap.. sebelah aku
nama dia Kevin, orang Johor, kerja marketing,…seronok juga sembang dengan
dia..aku belajar perkataan mandarin baru ..”Ching kuen ni chiaw sou me’ ming”
maksud dia “please, what should I call you ?..

11.00 a.m. Alhamdulillah dah sampai dgn selamat… walaupun jam pukul 11, tu jam Malaysia,
kalau kat Thailand, dia punya jam lambat sejam… kiranya pukul 10 a.m. la kami
sampai. Kami disambut dgn baiknya oleh student university srinakharinwirot..
sekarang berada dalam bas…dan masih teruskan perjalanan…. dijangka lepas dua jam
baru sampai… insyallah, harap dipermudahkan perjalanan… dan selamat sampai….

12.30 p.m. dah sampai pun university srinakharinwirot. Tapi bila sampai tu rasa pelik juga,sebab
sunyi ja, tak ada kereta nak ulang-alik masuk,motosikal pun sama….. Lepas tu, kami
mula la pasang segala peralatan muzik untuk ‘sound cheack’ sebelum persembahan.
Yang menari tu pula mula untuk bersolek dan menyiapkan diri. Para penari memang
Kena bersiap sejam atau dua jam sebelum persembahan.. huh kalah pengantin
bersiap…

1.30 p.m. ketibaan para pelajar … comel gila , sebab ‘student’ yang datang ni semua naik
basikal..patut la aku Nampak sunyi jer university dia. Bagus la, sebab budak-budak ni
jaga alam sekitar. Org putih kata “green home”….. bila semua dah siap, kami pun
bersedia untuk beraksi… hari tu ada 5 kumpulan yg membuat persembahan..
aku, Syafiq, rafais, amar, Rodney dan pak indra adalah ahli muzik, memang seronok la
jadi musician ni .. awal tu rasa susah gak… tapi bila dah belajar sikit-sikit… rasa
senang pula…bagi aku, ‘to be human, the art is some colour of life, so if no colour the
paint will nothing.. and life will be not meaning…

6.30 p.m. lepas semuanya selesai, kami pun bergerak untuk makan malam. Lagipun, tempat
makan dia tak jauh pun dari tempat persembahan… waktu kat luar stadium tu, kami
beli aiskrim. Cornetto dia 15 baht, kalau duit Malaysia, rm 1.50.. kira murah la…
siap
bergambar dgn students dia… students perempuan dia memang ‘cute’ macam artis-
artis Bangkok… dgn naik basikal, yg laki mengayuh, yg perempuan pula duduk di
belakang… memang romantic… hoho… time makan dia memang best… tomyam dia
dah jadi macam makanan ruji… bila ada nasi je, mesti kena ada tomyam. Macam-
macam warna kuah dia… yg paling penting, mestilah halal…

8.00 p.m. kami bertolak dari tempat makan dia… perjalanan dia ambil masa lebih kurang dua
jam… memang jauh… kalau dari kedah tu, dah sampai ipoh dah… Nasib la dalam bas
tu ada budak Thailand sekali .. kami sembang rancak la… memang riuh juga
rasanya…
kira perjalanan jauh tu tak rasa macam jauh sangat la… seronok juga tgk gelagat
students Thailand ni… ada seorang ni, org panggil dia Cal.. ha… dia ni memang
bising
sikit… tapi ok, sebab ada Cal ni yang riuh sikit keadaan … seorang lagi kami panggil
dia
pan… berbelit lidah dia, aku tgk dia cakap bahasa melayu… muka dia ada la sikit ala-
ala Korean… ada lagi, ada kami suruh budak-budak ni nyanyi lagu university
diorang..
sedap gila lagu diorang ni… ada harmony, base, ada yang ni nyanyi ‘cik ke cik ke
cik’,
ada yang nyanyi ‘ha….’ macam-macam. Tapi memang sedap di dengar bila dah
nyanyi sekali…

11.30 p.m. kami sampai ke hotel ‘Royal Pacific Hotel’…

8 Ogos 2009
7.00 a.m. kami dah bangun solat subuh... bersiap-siap utk breakfast… subuh gajah la.. ish…sini
pukul 6.00 dah cerah la… jadi kena bangun pukul 5 utk solat subuh… pagi tu aku
makan roti dgn fresh orange jer… teringat pula waktu makan kat kapal terbang hari
tu… minta sandwich dgn fresh orange kena RM 12. Ha ! daging babi pun ada time tu.
Jadi kena Tanya dia punya pelayan dulu sebelum makan… kalau tak kau telan daging
‘pork’ la… uwek…

8.30 a.m. kami bertolak ke main campus university srinakharinwirot, Bangkok… ni dia punya
perjalanan ke sana .. mula-mula kami ambik kiri ikut laluan ke Ekamai, lepas tu U-
turn, ikut laluan ke praram 9 hospital, ambik laluan ke Piyavate, lepas tu ambil laluan
ke Expressway Police Station 2, lepas tu nampak railroad, ambik kanan, lepas tu
ambik kiri ke praram 9 hospital, lepas terus saja, nampak Singha co. ltd building
sebelah kanan, Islamic bank sebelah kiri, lepas tu ambil kiri ke Embassy of India,
ambil kiri lagi ke Ban khitna Restaurant and terus sampai la main gate University
Srinakharinwirot. Perjalanan ambik masa 15 minit kalau naik bas.

8.45 a.m. kami pun sampai…. Pagi tu ada seminar, sebelum aku terlupa, kat sini dia basuh
tangan tak guna air pun, dia guna mcm sabun juga la, tapi macam air, ha… pening
kan… korang pikir la sendiri… ya Allah.. dia punya seminar dah la bahasa thailand, apa
pun tak faham, kira kami datang tu jadi patung pendengaran je la… tapi ada la sikit
bi… kami duduk kat situ kira tidur je la… zzzz…

12.30 p.m. lunch time…. Mesti ada tomyam… haha…

2.00 p.m. preparation before presentation tonight…

6.30 p.m. presentation start… mula-mula ada persembahan ‘Ramayana (ramka)’ yang mana persembahan
ini mengisahkan tentang raja yang hendak memburu seekor kijang , seekor monyet
yang cuba memikat seekor ikan betina, dan pertarungan dgn raja jahat.. memang
lama la persembahan dia dekat setengah jam… lepas tu persembahan dari muzik
cina iaitu ‘e hu’ alat muzik ni lebih kurang macam gitar la sebab dia ada tali… kalau
pernah tgk kungfu hustle mesti tau punya… lepas tu persembahan dari makcik-
makcik dari Indonesia yang mempersembahkan muzik ‘anklung’…siap ada lagu can
mali can lagi… memang unik wa cakap sama lu…lepas tu persembahan daripada
Negara philiphine… diorang ni mempersembahkan lebih kurang ala-ala sepanyol la…
sebab diorang ni dulu kan pernah dijajah sepanyol, jadi banyak la di pengaruhi oleh
budaya dan muzik-muzik sepanyol tu… lepas tu nasyid dari Indonesia juga… haaaabis
mereka ni, baru la kami dari Malaysia mempersembahkan persembahan kami…
antara yang kami persembahkan tarian ngajat, zapin, inang, dan joget…

11.00 p.m. baru la selesai persembahan…

12.30 p.m. pulang ke hotel dan tidur….

9 Ogos 2009

7.00 a.m macam biasa kami breakfast dulu….dalam pukul 8.30 a.m. baru la kami bertolak ke
University Srinakharinwirot utk sambungan seminar…

8.30 a.m. kami pun sampai kat dia punya main campus… macam biasa la, pagi tu kami masuk
ke dewan untuk menerukan aktiviti seterusnya.. .. iaitu tidur…zzz… haha.. tapi pagi tu
lain sikit sebab kami di sambut dgn alunan mainan muzik… rasa macam vip
pula…ceh, perasan… Tapi kira bagus juga la seminar pagi tu sebab dia cerita tentang
satu perkampungan di sempadan antara Thailand dgn Myanmar.. kalau tak salah aku
kow poyan… kampong itu penduduknya semua Buddhist… bukan tu saja, binaan di
kawasan itu boleh kata seratus peratus daripada buluh, org putih kata ‘bamboo’.
Selepas itu, pembentangan tentang alat muzik Gun Zheng (kecapi). Pembentang dia
adalah dari Jakarta, walaupun dari Jakarta, dia mengkaji tentang alat muzik dari
china. Hm… agak pelik gak… sehingga org mempersoalkan ‘what is your identity ?’
dah habis seminar tu… kita orang ada makan… terbaik punya… patut la org-org
Thailand ni sihat belaka… satu-satu kami makan, mulanya dari ketam, lepas tu udang
goreng, lepas tu sup cendawan, lepas tu ikan siakap kukus.. ha… ada lagi tomyam, itu
wajib… memang kenyang… tak ketinggalan, waktu tu ada persembahan gak… tarian
beyonce dari lelaki lembut… senang kata pondan la… habis riuh satu tempat tu…tapi
tetap enjoy..

2.30 p.m. habis semua tu, kami bergerak ke JJ2 atau lebih famous dikenali sebagi Cha Tu
Chak… gila kau… memang besar, dekat 26b hektar kawasan dia…memang kami
sampai untuk ronda tak habis ronda la… aku sempat la beli beg galas hiking bukit..
souvenier utk kawan-kawan dgn keluarga… insyallah harap depa ni puas hati la…
sampai habis duit poket aku… overall kira-kira 1400 Baht aku dah habis waktu ni…
lepas ni tak shopping dah kut… follow je la org lain lepas ni..

7.00 p.m. kami pulang ke hotel…

8.00 p.m. kami dinner kat hotel ni gak…makan nasi lauk ayam, tomyam, telur dadar, sayur,

buah dan macam-macam la… kira kenyang la… siap dengan lagu lagi… memang rilek
la.. secara jujurnya aku dapat lihat sendiri bagaimana kehidupan penduduk non
muslim berbanding muslim di Malaysia… Alhamdulillah aku muslim…hikmah dia
sungguh besar bagi org muslim tu… islam mengajar kita bersembahyang utk
mendisplinkan kita, mendapatkan ketenangan, berasa terpelihara di sisi-Nya..

10.00 p.m. kami pun masuk tidur la, apa lagi ?...z….z…

10 Ogos 2009
5.40 a.m. Bangun sUbuh! Alhamdulillah… semakin hari semakin baik… selepas lihat jadual solat
di Negara Thailand ni baru la rasa boleh disiplinkan diri sikit… aku dah bangun tapi
roommate aku ni masih diulit mimpi lagi… sama la dgn org sebelah… ish.. liat betul…
tapi takpa, semakin hari semakin baik… kira lepas hari sebelum-sebelum ni dah awal
sikit la bangun pagi… bila rasa tak berpeluh ni rasa macam kurang sesuatu pula… pagi
tu aku p jogging la sekitar hotel ni, pusing-punya pusing.. la ada swimming pool pula…
haha… apa lagi… ops… rasa janggal pula mandi sorang-sorang… aku naik la dulu… nak
panggil Syafiq, lan dgn rafais
mandi sekali… tapi yang Syafiq ni malas nak bangun…
nak buat macam mana.. pergi mandi dengan lan dan rafais je lar… memang best la ..
siap keluar ong bak lagi… tom yum goong.. pun ada … haha… tipu jer… ada tom yun gun
nak datang pagi-pagi buta kat sini… tak masuk akal langsung.. dah puas mandi macam
biasa la… kita makan dulu….

9.30 a.m. Kami bertolak dari hotel… destinasi seterusnya adalah ‘wat po’ dan ‘grand palace’
dua tempat ni memang penting la kat Thailand ni…. Dah kira jadi tempat pelancong
la.. tapi yang bestnya.. p sana naik boat … ada la mamat ni pening kepala tak boleh
naik boat… katanya mabuk laut… entahla… tapi naik juga… nama Sungai ni Sungai
Mekong. Sungai ni kira terpanjang la di Asia tenggara… mana taknya dekat dua jam
kami dok atas boat… banyak stesen dia berenti.. rasa macam boat dia ni bas rapid
jer.. sikit-sikit berhenti…
11.30 a.m. Alhamdulillah dah sampai pun…. Kami berjalan dari pelabuhan ke kuil Wat Po..
dalam 5 minit jer… Sampai-sampai jer… terus ambil gambar…dia punya view lawa-
lawa… banyak berhala la… haha… selalu duk belajar ja… bila kat Malaysia nak masuk
kuil pun jangan harap la… kadang-kadang tu lalu pun dah takut… hm… kat sini siap
bergambar lagi… huu.… ni la org melayu….. kami masuk dalam kuil tu… dalam dia ada
patung tengah baring. Besar gila… siap celup emas lagi… macam kat penang, yg aku
tgk kat penang tu pun lebih kurang sama.. tapi ni memang besar gila la… lepas tu
kami pusing-pusing la kat area kuil ni… biasa la, mana boleh lepas peluang utk
bergambar…

1.00 p.m. kruk…kruk… kruk…. perut bunyi pula… dah lapar ni… tapi tak makan lagi… kami
teruskan ke Grand Palace, untuk maklumat semua… Grand Palace ni satu tempat di
mana letaknya istana Negara Thailand. Tempat dia cantik la… tepi laluan jalan kaki
ada padang yang luas.. dan dikelilingi bangunan-bangunan dari rekaan lama… ada
enam orang askar dalam satu baris sedang berkawat dan bersenjata. Gaya kawat
mereka agak menarik, sambil menghayunkan satu tangan..haha…

2.30 p.m. kami bertolak pulang dari Grand Palace… dalam perjalanan aku dapat lihat jalan-jalan
di sekitar Bangkok… sepanjang jalan terdapat bangunan-bangunan tinggi pencakar
langit. Kami berhenti untuk singgah sebentar di sebuah supermarket untuk makan
tengah hari, tapi rasanya dah lewat untuk makan tengah hari, kira campur dengan
makan petang la… Achan prateep kata “dilunch”gabungan lunch dgn dinner ….haha…

3.30 p.m. foodcourt dia kat tingkat 5. Kami makan kat foodcourt jer… yang istimewanya kalau
kita nak makan kita kena guna kad. Kat foodcourt tu, dia ada satu kaunter untuk tukar
duit dalam bentuk kad. Setiap kad ada 100 baht.. lepas tu nak makan apa ambik je la…
yang penting bawah 100 baht…..memang kenyang…lepas masuk asar tu kami cuba
cari tempat untuk solat , malangnya memang tak ada langsung tempat solat… time ni
la kami nak praktikkan apa yang di belajar.. jadi kami buat keputusan untuk pulang ke
bas dan solat di dalam bas… Alhamdulillah semua selesai… berserah je la… solat kita
nak terima ke atau tidak hanya Allah yang tahu.. kita lakukan kewajipan setakat yg
mana kita mampu…itu yang diajar nabi S.A.W…

6.00 p.m. kami pun pulang ke hotel….

8.00 p.m. makan malam… macam biasa jer tak da yang istimewa… dan …zzzz…..

11 Ogos 2009

5.30 a.m. bangun pagi… solat subuh…lepas solat aku gerak la Syafiq bangun tidur… sejuk gila
pagi tu.. dah la tidur tak pakai selimut.. menggeletar pagi tu.. lepas tu aku keluar la p
lepak kat kerusi tepi lif. Kat situ panas sikit… dok rehat-rehat, tak sedar pula yang aku
dah tertidur, aku bangun pukul 7.45 a.m….. bapak datang lalu di depan ku mengajak
makan pagi… aku balik bilik mandi dulu…baru p makan… pagi tu kami tak mandi
swimming pool pula… kami bersiap untuk ke auditorium untuk show pada hari ini.. ..
rasanya tak banyak sangat benda yang menarik hari itu…Cuma…rasanya hari ini
punya show lebih baik la berbanding sebelum ni… dan kami masih ada lima show
lagi… daripada lapan show….aduh…. rindu sama Malaysia…. Bila mau pulang…. …

6.30 p.m. kami balik dah… dan rehat la… sebelum tu, kami masak maggi malam tu…. Pasal tak
ada dinner dah,,, maggi dari Malaysia… memang maggi Malaysia juga paling sedap…
yes….
12 Ogos 2009

6.45 a.m. hari ni terbangun lambat pula… astaghfirullah… apa nak jadi ni, solat kita kena jaga…
sebagai muslim, solat lima waktu sehari semalam adalah satu rukun dalam islam….
Pagi tu kami bersiap awal pagi, kami check out dari hotel Grand Palace… pukul 8.00
a.m. kami bertolak keluar…

8.30 a.m. perjalanan kami pagi tu adalah ke Suphan Buri. SuphanBuri adalah salah satu tempat
yang agak bersejarah di Negara Thailand…. Perjalanan kami mengambil masa selama
2 jam… di pertengahan jalan kami singgah sebentar di sebuah kuil…. Cuaca dia, ya
rabbi…punya la panas tak tau nak habaq macam mana… she mut kata sini punya
temperature…39 degree celcius… kalau kat Malaysia pun dalam 37 atau 38 darjah
jer…. kira tak jauh beza la dgn Malaysia….

12.30 p.m. kami dah mula merasakan kepanasan di Negara Thailand… dalam bas dia lagi… kena
pula aku duduk kat atas enjin dia…fuh lagi masyuk la… ..alhamdulillah dalam pukul
1.30 p.m. kami sampai di SuphanBuri Dramatic Art… kami lunch …sedap la makanan
dia ..dalam Thailand kata “ Aloi ma” …

2.00 p.m. lepas dah kenyang … semua dah berat…..badan pun berat…. Tapi yang tak
tahannya… dia ajak jalan lagi… kami ke muzium dia…. Muzium dia pun dalam
kawasan dia… ingat kat luar dari kawasan ni… hm…. Apa lagi, berjalan la kami….
Dgn matahari atas kepala….ya Allah… dalam muzium tu… memang lawa la… aku
rasa la muzium kat Malaysia pun kena buat muzium macam kat Thailand…sebab…..
dia punya dekorasi dalam muzium tu memang macam “live” la…. Rasa sendiri macam
kita ada kat zaman tu…. Dari segi lightning dia, landscape dia….. semua la….. aku
rasa korang yang membaca ni kena p sendiri la….. baru dapat rasa dia punya “feel”
tu…..

3.30 pm. Memang panas…… lepas tu kami gerak ke pasar lama. Tempat dia kira dekat dgn
tempat show kami gak la……. Apa yang aku Nampak macam “rookwork” kat penang
ada la satu place macam ni…. Barang murah banyak…… tempat dia agak lama…..
..mmg mcm “rookwork” la… cuaca tetap panas ….. aduh….. semua dah mengomel
macam-macam…..haha…..
4.30 p.m. kami bertolak pulang ke Suphanburi dramatic art… sampainya dalam pukul 7.00 p.m.
sebab jalan dia sesak, lepas tu berhenti sekejap la…. Macam-macam…. Nasib la
sempat untuk tunaikan solat jamak ta’khir asar dgn zohor…. Ish… memang …….

8.00 p.m. time dinner…. Sedap la makanan dia…. Ish geram betul aku….. rasa macam nak
belajar masak dia punya masakan jer…. Lepas makan tu kami apa lagi, balik bilik la
nak berehat…. Esok pagi dah kena bangun awal…. Aduh…….z….

13 Ogos 2009
5.30 a.m. Alhamdulillah….. aku rasa sangat bersyukur kerana Allah masih memberiku peluang
untuk ku teruskan kehidupan ini, melalui pelbagai onak-duri cabaran dan
dugaan……sebelum manemui destinasi terakhir iaitu alam akhirat……kapan mati
aku, enggak tahu…. Seemuanya takdir ilahi….. kring…… jam loceng ku berbunyi…
bangun aku bersama teman-temanku menunaikan solat subuh….itulah hikmah
daripada solat subuh itu sendiri….. sementara manusia lain sedang diulit mimpi,
bangunnya dia mengabdikan diri kepada ilahi. Kami solat berjemaah…… seorang

sahabat nabi S.A.W. pernah berkata jika engkau hendak lihat bagaimana kekuatan
berjemaah untuk solat subuh…. Lepas tu aku “jogging” kat sekitar Suphanburi
Dramatic Art…udara nyaman, gerimis yg hadir di pagi hari bagai menemaniku, sang
unggas terbang mencari rezeki…….

8.30 a.m. kami bergerak dari bilik untuk menikmati sarapan pagi… lepas makan, kami ada
` `‘workshop’. Tau tak apa tu ‘workshop’ ? dia lebih kurang macam bengkel la.. setiap
Negara akan mengajar kepada student di college ni… bahagian penari meengajar
menari, yang main alat muzik pula ajar main alat muzik….. yang hairannya, budak-
budak ni belajar sekejap jer dah boleh dapat…. Macam alat muzik, kami ajar, dalam
dua minit jer diorang ni boleh ikut…dan main dengan baik… yang kami ni belajar
dekat dua minggu baru dapat…. Aduh memang darah seni betul la… aku rasa memang
system pendidikan dia la yg budak-budak ni boleh belajar dengan cepat… mana
taknya sejak kecil lagi dah diserap masuk ke sekolah muzik….hebat2x

11.30 a.m. selesai workshop, kami kena buat persediaan sebelum persemebahn, org kata ‘
rehearsal . fulamak ! pentas dia besar … lawa….. waduh, macam nak buat okestra
pula…. Memang serius lawa …

12.30 p.m. lunch time…..

2.30 p.m. persembahnan kami bermula. Sebelum tu, ada lagi nak cerita ni… kami kumpulan
yang ketiga untuk buat persembahan, sekarang dah tinggal 4 kumpulan jer… awalnya,
daripada 7 kumpulan…. Hm… tak larat dah kut, mana taknya kalau nak follow dia
punya tour around Thailand ni kena buat show, kiranya dekat 8 show la kalau ikut
sepenuhnya…time persembahan tu, lagu ‘manggunatip aku dah buat silap time mula
lagi, aduh…. Malunya… aku harap lepas ni tak ulang perkara yang sama….

5.30 p.m. persembahan tamat… kami bergambar dgn pelajar-pelajar dia…comel-comel la
pelajar dia….. ahaks…
6.30 p.m. time dinner… waktu tgh jalan nak p makan, kami tgk la student dia main bola, bola
dia Syafiq kata macam batu… entah la, sebab bunyi dia waktu bbudak tu tendang bola,
duk!duk!....

8.30 p.m. kami sembahyang dulu , lepas tu baru tidur… kira lok la sikit kami solat dalam bilik
tu… and budak-budak lain kira respect what were we done, so I can said that “islam is
the way of live”…

14 Ogos 2009

5.50 a.m. kami bangun pagi dan solat subuh…sebelum tu tak cerita lagi keaadan dalam bilik
kami tidur dengan bilik air dia kan…. Kami tidur atas tilam yg keras di atas lantai dan
kipas yg anginnya speed 3 macam 1,macam-macam org complaint, ha… tu la…
sebelum ni tinggal kat hotel, sedap jer… lepas kena tidur dalam kelas dah macam2 .
bilik air dia unik, sebab dia memang buat satu kolah kecil untuk taking air la…
senang. Jamban dia pun tak payah flash, simbah jer air, kalau dah lebih had dia sedut
sendiri…

8.30 a.m. lepas kemas barang, kami check out untuk ke destinasi seterusnya… kami makan
bubur nasi sebagai breakfast kami pagi tu… perjalanan hari ni mengambil masa
selama 5 atau 6 jam…. Tgh jalan singgah dekat empangan Chao praya… dulu waktu
belajar just ambik tahu…. Sekarang tgk sendiri….ingat empangan elektrik, tapi
empangan hanya untuk takung air jer… satu lagi empangan tu dia boleh predict jika
akan berlaku banjir ke tidak, dengan mengukur kelajuan air yang keluar dari
empangan tul. Kata lecture dari university tu , jika lebih dari 3000 cube per second…
akan banjir…

1.00 p.m. kami berhenti sebentar untuk makan tengah hari… restaurant atau thai panggil “ran a
han”. Kami makan nasi, telur dadar. Tomyam, sayur campur, dgn ikan goreng….
Boleh la kira nak alas perut untuk perjalanan lagi 2 jam… aduh… lambat lagi ka….

3.30 p.m. sampai pun kat Universiti Kamphaeng Phet… dgn panasnya… kami bawak keluar
barang dari bas….ya Allah… beri lah kekuatan kepadaku untuk sabar dlm menahan
panas dunia ini… dah selesai simpan barang (alat muzik )… kami di bawa ke hotel
hotel utk check in… hotel dia tak la jauh sangat….. dalam 10 minit perjalanan dari
tempat show, kami sampai… kira ok juga la dari sebelum ni… dgn dpn dia ja dah ada
seven eleven… tgh pecan pula tu…. Lepas tu kami tour kat sekitar pekan Kamphaeng
Phet ni sebelum dinner kami…. Kami ke sebuah sungai yg agak besar. Dari segi
permandangan di kira lawa gak a…. apa lagi time bergambar la….. gambar paling
smart adalah gambar kami melompat…. Me…..mang smart……

7.00 p.m. lepas dah puas bergambar , kami ke tempat show tadi gak…… pasal dia punya dinner
dekat-dekat tu gak…kami makan macam biasa la, mesti la grand, tetamu la katakan,
nak kata artis jauh pula maksud dia tu…… takut perasan…..sambil makan tu diaorang
ada persembehan alat muzik, tarian Negara diorang… antaranya tarian lilin….. penari
di kecik-kecik je…. Kalau org jawa cakap kecil ni cilik….hoho…..tgh makan tu, siap
Tanya nak beer ke ? fuh…. Kalau tak ada knowledge ttg agama, kira nak minum jer….
Free la katakana…. Benda yg memabukkan tu adalah haram di sisi islam…. Tapi yg
sedihnya ada juga org kita minum beer ni… .. katanya beer ni agak baik untuk
perjalanan air kencing…. Digunakan dari segi perubatan la…. Apa-apa pun yg haram
tetap haram, mana boleh kita menghalalkan sesuatu yg diharamkan, dan
mengharamkan sesuatu yg dihalakan…jika tak ada dalil yg sahih…hukum itu
semuanya milik Allah… ee……ok…. Lepas tu siap ada tarian sebelum habis majlis
tu…. Kat sini dah jadi budaya kut tentang “tarian pulang” ni

9.00 p.m. kami selesai makan, kami gerak balik ke hotel. Sementara tunggu bas datang, dapat la
tgk show anak-anak Thailand mempersembahkan aksi mereka ni… kat stage tu…
rupa-rupanya mlm tu ada pertandingan…. Patut la ramai org….


15 Ogos 2009

16 Ogos 2009

17 Ogos 2009

18 Ogos 2009

19 Ogos 2009

00.00 a.m. baru je selesai sesi kaunseling dengan Amar, sebenarnya kami sedang tolong untuk
menyiapkan video untuk assingnment dia….. kami kirana dikaunselingkan la…. Lepas
tu aku, lan dgn syafiq sambung online malam tu….mana tak nya signal strength kat
lobi kuat gila….. cangak lagi… mesti la online …. Dgn free lagi….aah….

2.00 a.m. baru la nak berenti online, ingatkan tak mau tidur. Mana taknya pukul 4.00 a.m. dah
kena siap ada kat lobi untuk pergi airport…… kiranya pukul 3 dah kena bangun utk
bersiap la… aku pagi tu kira dah tak tidur dah….. lepas online, naik bilik kemas-
kemas pakaian…. Sambung cerita pula….sampai pukul 3.15 a.m. baru bersiap……

4.30 a.m. kami bertolak dari hotel….

5.00 a.m. sampai di airport ….aku baru tahu yang naik kapal terbang ni pun ada dia punya
tambang kira berat bagasi …. Kalau lebih kena bayar lebih la…… bayangkan kalau
sekilo yg lebih kena bayar rm 40, kalau 10 kilo kan dah jadi 400, itu utk sorang, kalau
ada sepuluh orang, kan dah mencecah beribu ringgit…….. situ dah rugi dah….kami
agak lewat gak utk check in naik kapal terbang…. …berlepas pukul 6.30 a.m. (jam
Thailand la)……kiranya dah final call dah pun……nasib baik la
sempat…….lambatnya sebab sangkut kat kaunter last la….. waktu scan bagasi carry
…… aduh aku punya ubat gigi dgn syampoo badan pun dia ambik….. pastu nak buat
mcm mana, bagi je la….. kalau nak melancarkan perjalanan…….

6.40 a.m. kapal terbang berlepas dari airport Bangkok……..

8.45 a.m. Alhamdulillah kami sampai di LCCT Kuala Lumpur…… kami dah sampai
Malaysia……. Yahoo……

10.00 a.m. kami sampai kolej….. berpijak kakiku di Kolej Kediaman 12……ahaks…..

Sabtu, 28 Ogos 2010

Puasa adalah perisai

Ibadah puasa adalah amalan yang mulia yang wajar dilakukan oleh setiap muslim di muka bumi ini. Puasa adalah perisai, bagaimana yang dikatakan puasa adalah perisai kepada setiap muslim itu ? Mestilah tertanya-tanyakan sebab apa yang kita tahu tentang puasa ini adalah menahan diri dari lapar dan dahaga.

Dah la tak makan, tak minum pula tu, mesti la tak da tenaga.
Tapi, macam mana boleh kata perisai kepada dirinya. Kalau ikutkan fikiran yang rasional, sahih orang dah jawab tak logik la puasa ni boleh jadi perisai bagi diri seseorang itu. Ye la, nak bertahan mesti la kena kuatkan, kalau nak kuat kena ada tenaga, kalau nak ada tenaga perlu ada sumber makanan dan minuman yang cukup. ha, mcam mana sekarang ni ?? apa jawapan anda ?

Penulis menjelaskan sekali lagi puasa adalah perisai. Semua masalah yang diceritakan tadi kita kemukakan apabila kita lihat dari zahir sesuatu makna tu saja. Cuba kita lihat dari sudut lain ataupun maksud tersirat disebalik mesej yang disampaikan. Puasa itu dikatakan perisai kerana perisai kepada hawa nafsu kita. Dalam diri manusia ada nafsu, masa bulan ramadhan ni syaitan dah dibelengu atau diikat, jadi apa yang mendorong seseorang untuk mengikut kemahuannya kalau bukan nafsu.

Nafsu juga adalah musuh yang paling susah untuk kita lawan. Dalam bulan Ramadhan ini la nafsu dapat ditewaskan dengan ibadah puasa yang dikerjakan. Kita menahan diri dari lapar dan dahaga, secara tak langsungnya kita berperang dengan diri untuk menahan dari gelojak nafsu makan dan minum. Kita menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang maksiat, semua ini kita dapat lakukan dengan adanya perisai yang kental ini.

Maka kalau sedang berpuasa itu, jika ada sesuatu yang menduga kita, katalah "sesungguhnya aku berpuasa". Terdetik kesedaran di dalam jiwa ini betapa besarnya erti nilai berpuasa itu dalam diri seseorang.

Jadi, di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini penulis ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa. Kejarlah malam-malam kesudahan di dalam bulan ini dengan melipat gandakan ibadah kita kepada ALLAH, banyakkan bertaqarrub kpd ALLAH, carilah Lailatul Qadar....

Selamat Menjalani Ibadah Puasa !

Ahad, 15 Ogos 2010

Karisma !

Percaturan dan pelbagai cara dilakukan untuk melahirkan satu seketeriat Karisma di sebuah Universiti. Sebuah kelab yang mempunyai visi dan misi untuk melahirkan pemimpin dikalangan mahasiswa dipayungi oleh agensi-agensi di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Seruan ini disambut oleh setiap institut-institut yang ada di tanah air ini. Mencorakkan seorang ilmuan menjadi budiman dan penyambung warisan sepanjang zaman.

Sudah dianggotai hampir 20 buah ipta dan ipts di seluruh malaysia. Dianggotai hampir seramai 2000 orang ahli.

Menggariskan modul-modul yang sangat mempunyai nilai yang tinggi.

Maka Organisasi mula dibentuk untuk menjadikan pergerakan lebih berkualiti dan tersusun.

Hasrat penulis kepada pembaca.
Marilah sertai Kelab Rakan Siswa Jasa Malaysia (Karisma) yang akan ditubuhkan di Universiti Malaya ini nanti. Berdirinya nanti sebagai menyahut seruan perjuangan anak muda yang ternanti-nanti.

sebuah coretan dinukilkan...
ibarat sebuah kiasan minda di bulan ramadhan...

Wahai anak-anak muda di tanah air yang tercinta ini,
Ayuh,
Kita bangun dari tidur yang lena,
Kita gapai bintang-bintang di angkasa,
Berpaksikan kekentalan jiwa yang perkasa.
Satu hari nanti,
kita akan cuba tanya kembali,
Apakah yang telah aku sumbangkan kepada tanah airku ini ?
Tak mustahil akan timbulnya persoalan ini.
Maka,
Ayuh, berpijaklah dibumi yang nyata ini,
Menjadi warna-warna yang mencorakkan sehelai kain putih,
yang membawa maksud seribu hasrat dan janji,
yang terpahat untuk ditunaikan,
agama dipasakkan,
sebagai janji dan ikrar penyaksian.


Tentatif terbaru :

Majlis Berbuka Puasa Ambang Merdeka di UKM (30 ogos 2010) dan perarakan Kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil (31 Ogos 2010)

Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan Karim...


Alhamdulillah, dah masuk bulan ramadhan...

Penulis bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan nikmatnya, masih diberi peluang untuk hidup dan menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

marilah kita bersyukur bersama-sama.

Alhamdulillah....

Harapan penulis, semoga ibadah puasa tahun ini adalah lebih baik lagi pada tahun lepas.

Selamat Berpuasa !

Isnin, 9 Ogos 2010

FeSkUm 2010

Baru-baru ni telah diadakan Festival Konvokesyen Universiti Malaya dengan gilang-gemilangnya. Penulis mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa Seketeriat FESKUM 2010 yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dengan baik sekali.

Penulis juga hairan masih ada juga mengatakan FESKUM tahun ini hambar. Bagi penulis, penulis merasakan FESKUM tahun ini tetap hebat, mungkin ini kali pertama penulis melibatkan di dalam aktiviti semasa FESKUM ini berlangsung.

Penulis gembira dan bersyukur kerana Gerai Persatuan Mahasiswa Negeri Kedah dapat beroperasi dengan baik juga pada tahun ini. Penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah bertungkus-lumus, bermandi-peluh dan berbagai lagi bagi memastikan gerai yang diusahakan ini beroperasi dengan baik. Tahniah ! anda berjaya lakukan.

Harapan penulis, semoga FESKUM akan datang akan lebih meriah lagi dan penglibatan Mahasiswa akan lebih ramai lagi. Tahniah buat semua.

Ahad, 4 Julai 2010

Mana hilangnya Ketajaman superstar World Cup 2010 ?

Penulis berasa kecewa kerana World Cup 2010, penulis tidak dapat melihat lagi gol-gol yang dilakukan oleh pemain-pemain terkenal untuk setiap negara.
Penulis berpendapat World Cup 2010 memperlihatkan pasukan yang dapat berkomunikasi, bekerjasama, bermain bersih, dan pelbagai lagi bakal pergi lebih ke hadapan(menang).

English word : whose team have huge chemistry, they going further...

Baru penulis sedar tentang analogi yang digunakan oleh Perdana Menteri kita sendiri iaitu Dato' Seri Najib b Razak dengan menggambarkan kerjasama sesama jabatan perkhidmatan awam dan pemerintahan perlu seperti dalam satu pasukan bola. Apabila wujudnya kerjasama dan,komunikasi dan bersih dalam segala tindak-tanduk ketika melakukan tugas, barulah memperolehi kejayaan yang di impikan.

Penulis harap bukan setakat jabatan perkhidmatan awam sahaja perlu ada etika ini, alangkah baiknya jika di aplikasikan kepada semua lapisan masyarakat dalam urusan harian.

Jumaat, 2 Julai 2010

Nasib tidak menyebelahi Brasil

Selepas dua jam menyaksikan perlawanan antara dua pasukan mantap antara Brasil dan Holland, nasib telah menyebelahi Holland. Kepada penyokong-penyokong Brasil, janganlah bersedih. Penulis merasakan kedua-dua pasukan telah bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi. Tapi , penulis tidak berpuas hati kepada pemain Holland, kalau tak salah namanya V.bammel. Penulis mengira lebih kurang 4 kali pemain ini melakukan kekasaran yang terang lagi nyata. Tapi, nak buat macam mana keputusan ditangan pengadil. Tapi, bagi penulis memang tak patut. Brasil tidak diadili dengan sebaik-baiknya. Walaubagaimanapun, piala dunia tahun ini ada perubahan baru. Jadi, marilah kita saksikan.
world cup 2010

Rabu, 30 Jun 2010

Pertimbangan perlu rasional



Salam sejahtera semua,
Hari ini penulis ingin melontarkan satu nasihat kepada rakan-rakan sekalian.
Pertimbangan perlu rasional, adakah mudah untuk kita membuat sesuatu pertimbangan yang rasioanal ?
Sebenarnya bukan mudah untuk kita lakukan. Pengalaman, pembacaan, pemerhatian, dan pelbagai lagi situasi luar yang akan cuba untuk mempengaruhi diri kita dalam membuat keputusan.
Pernah dengar tak satu kenyataan yang berbunyi "Kita dah merasakan apa yang kita putuskan adalah betul, tapi sebenarnya adalah salah."
Jadi, penulis menyarankan sesuatu pertimbangan perlu rasional dan mengambil kira semua perkara sebelum memutuskannya.
Masalah. Masalah sentiasa datang, tak kira 1001 masalah sekalipun, namun bertenanglah. Buatlah suatu pertimbangan yang rasional dahulu sebelum memutuskannya.
Agama Islam itu sendiri telah menyediakan metod kepada seseorang muslim dalam membuat pertimbangan sebelum membuat keputusan.
Jika masalah agama, rujukan autoriti adalah al-quran dan sunnath, dan seterusnya..
Politik pula, sebaik-baiknya dengarlah dari kedua-dua pihak.Janganlah terima pada satu pihak sahaja.
Ekonomi semasa, perlulah mengambil kira kesemua perkara yang berkaitan.
Selain itu, masalah seharian yang kita hadapi dan pelbagai lagi.
Rakan-rakan berwawasan, pemangkin dinamik masa depan negara.
Nasihat penulis sekali lagi, buatlah pertimbangan yang rasional...

Selasa, 29 Jun 2010

Kesihatan menurut Islam

Kesihatan Menurut Islam
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : aminaziz
Editor : naadherah



Islam satu agama yg merangkumi semua aspek kehidupan. Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan...yang mana islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana islam menjaga jiwa dan akal.

Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana "sihat" merupakan anugerah berharga dari Allah..sabda nabi s.a.w :


Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab utk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu
(hr Bukhari )


dan sabda nabi lagi:

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah ( hr muslim )

Agama Islam juga meletakkan kesihatan dan kesejahteraan ditempat yang pertama selepas keyakinan( keimanan ) ...Ini berdasarkan sabda nabi s.a.w:


"Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan ( iman )

(hr ibnu majah).


Perlu jga diingatkan disamping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya kadangkala kita diuji dengan sedikit kesakitan...nabi s.a.w telah mewasiatkan kepada pesakit - pesakit supaya mereka berubat...sabda nabi s.a.w :


"Allah tidak menurunkan suatu penyakit itu kecuali diturunkan bersamanya ubat "
( hr bukhari )



Dalam satu peristiwa..orang arab badwi telah datang kepada baginda nabi dan mereka bertanya: Ya Rasulullah adakah kami perlu berubat? maka sabda nabi : ya, wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit itu kecuali diletakkan bersamanya ubat kecuali satu penyakit sahaja..maka mereka bertanya, apakah penyakit itu?Sabda nabi: penyakit itu ialah "tua"

(hr Ahmad)


Dua hadis diatas menggesa supaya ahli perubatan mengkaji tentang penawar dan ubat bg penyakit yg belum ditemui laggi.

Diantara perkara yg menunjukkan Islam menggalakkan penganutnya menjaga kesehatan adalah nabi s.a.w. telah menyenaraikan beberapa jenis ubat yang boleh digunakan seperti madu, berbekam, jampi dan tumbuhan herba...

Perubatan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang ini( perubatan ) berdasarkan sabda nabi :


" Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal- hal keagamaan maka rujuklah kepadaku
( hr Ahmad dan muslim )

Rabu, 23 Jun 2010

Baitul Muslim


Bila Kamu Sebut Fasal Baitul Muslim
www.iluvislam.com
Oleh: Hilal Asyraf
Editor: azzahra_solehah


Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim'?

Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya. Pernah dengar?

Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni.

Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yang diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yang mengajar kita cara-cara memilih pasangan dengan baik. Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dengan betul. Saya yakin, ramai yang beranggapan seperti saya.

Tapi, bila saya membesar, rupanya anggapan saya itu silap.

Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yang satu lelaki dan yang satu lagi perempuan. Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan. Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga-tanga ke arah pembinaan ummah yang diredhai ALLAH sebenarnya.

Masyarakat itu, terbentuk dari keluarga, keluarga itu terbentuk dari individu.

Sebab itu, Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yang betul. Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai ALLAH, keperluan mencari isteri@suami yang diredhai ALLAH, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan ALLAH, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat.

Dan semua itu, bukan bermula dari kita hendak mencari pasangan. Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan. Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.

Hal ini, saya sedari ketika Cikgu Azmi Bahari, seorang guru di MATRI berkongsi pandangan berkenaan hal Baitul Muslim ini.

" Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar"

Ya. Sebab, Baitul Muslim bukannya fasal nak kahwin dengan siapa, nak kahwin macam mana. Baitul Muslim hakikatnya adalah projek hendak membina ummah. Maka, hendak membina ummah ini, perlu kita mulakan dengan diri sendiri.

Sebab itu, hal ini bukan untuk kita fikir ketika hampir kahwin. Kita perlu fikir semenjak kita remaja lagi.

Tapi ramai salah anggap. Mereka kata, mereka tidak mahu berfikir akan hal pembinaan keluarga ini kerana mereka tidak mahu masuk campur hal cintan cintun semasa belajar. Sebenarnya, anggapan bahawa Baitul Muslim adalah konsep cintan cintun adalah anggapan yang tertolak. Baitul Muslim, adalah konsep pembinaan ummah. Berfikir berkenaannya, bukanlah kita berfikir kita hendak kahwin dengan siapa, tetapi kita berfikir bagaimana kita hendak membinanya bermula dengan diri kita.

Kita perlu mulakan dengan diri kita sebenarnya. Keluarga yang diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dengan usaha suami sahaja atau isteri sahaja. Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dengan membina diri kita.

Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kepada pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kepada pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita untuk membina dan memperbaiki diri sedari hari ini.

Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak dan sebagainya, sudah perlu kita fikirkan. Adakah kita mampu membina keluarga yang diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran? Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dengan baik tanpa wang yang mencukupi? Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yang diredhai ALLAH jika cara pandangan dan cara pandangan kita tidak matang? Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?

Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina' Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dengan mencari pasangan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dengan kita membina diri kita sendiri ke arah apa yang ALLAH redha.

Itulah maksud membina Baitul Muslim yang sebenarnya. Bermula dengan diri kita.

Barulah kita ada kekuatan untuk membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak-anak di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yang ALLAH SWT suka.

Sebab itulah, kata orang, tarbiyah (pendidikan) anak-anak itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak-anak kita.

Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep untuk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.

Maka, apa lagi yang kalian tunggu?

Bergeraklah membina diri, persiapkan diri dari hari ini, untuk melakar masa hadapan yang indahnya abadi.

Selasa, 22 Jun 2010

TAHNIAH !



Ucapan tahniah kepada skuad senior SUKSIS UM yang telah ditauliyahkan oleh raja muda perak tuanku nazrin syah baru-baru ini. Tahniah Tuan !

Ini adalah satu penghormatan kepada skuad suksis kerana telah diperkenan oleh sultan sendiri, tambahan pula ditauliyahkan di universiti sendiri. Penulis merasakan hal ini amatlah bertuah kepada skuad senior SUKSIS UM.

Tidak lupa juga kepada skuad inter dan junior (penulis adalah dari skuad junior) yang telah bertungkus-lumus, berpenat-jerih dan berbagai lagi perkara yang dilakukan sebagai sokongan kepada SUKSIS UM untuk menjayakan majlis pertauliyahan dan penyampaian sijil dengan jayanya. Tahniah semua !

UM always the best University in Malaysia.

UM is one, toward one Malaysia.



Ahad, 30 Mei 2010

Kekurangan itu Mengajar Seseorang...

Jejak Sahabat~jelajah penang


Akhirnya... jejak sahabat yang dirancang selama 2 bulan ini telah berjaya dilakukan.
Perjalanan selama sehari di sekitar Pulau Pinang menjadi pendekatan dalam aktiviti ini.
Ada pepatah cendiakawan mengatakan jika kita hendak mengenali seseorang, kita berjalan bersama-sama denganya untuk kita tahu tentang dirinya.

Teringat tentang sebuah cerita yang diceritakan oleh Ayahanda pengetua kolej sendiri.
Ceritanya selari dengan tema berjalan bersama-samanya.


Pada pagi hari Sabtu itu, kami bermula dengan aktiviti bermain bowling di Penang Bowl. Kemudian makan tengah hari di Padang Kota Lama.
Lepas tu melawat muzium perang.
Melawat kawan di Hospital Bersalin.
Makan di Astaka.



"Semusim bersama, Seabad terasa"


Ada satu permandangan yang aku tertarik dengan kecantikannya. Keadaan di tepi pantai Kerachut. Pantai yang tak pernah diterokai manusia yang mementingkan pemeliharaan alam semula jadi. Aku bersyukur, Ya Allah menjadi manusia di muka bumi ini..



Harap akan dapat dibuat lagi selepas ini. Reunion Ex-Skai 2001.
Jumpa lagi...

Sabtu, 29 Mei 2010

Jungle Tracking di Pantai Kerachut di Pulau Pinang


Pantai Kerachut

Kelmarin, penulis bersama rakan-rakan seramai 4 orang telah pergi ke Pantai Kerachut. Sidang pembaca tahu tak di mana letaknya pantai kerachut ini ? Mesti ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Bagi yang tahu duduk diam-diam, bagi yang tidak pula biar penulis cerita sikit tentang apa yang menarik dengan pantai kerachut ini.

Pantai Kerachut terletak di Taman Negara Pulau Pinang, lokasinya di Kampung Nelayan, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Tapi pantai kerachut ini terletak di sebalik bukit dari kampung nelayan ini, sebab tu la permandangannya indah dan cantik.

Cara nak ke sana ada dua kaedah sama ada nak berjalan ataupun naik bot. Kalau berjalan, memang mencabar. Bagi yang meminati 'jungle tracking' boleh la datang ke sini. Perjalanan untuk sampai ke pantai tersebut mengambil masa 1 jam. Bagi menaiki bot hanya 20 minit sahaja. Penulis lebih menggalakkan ke pantai tersebut dengan berjalan kaki, baru la mencabarkan.

Di pantai ini juga ada sebuah tasik yang unik dimana terdapat dua lapisan air di tasik tersebut di bawah air laut dan di atasnya pula air tasik. Itu sebab unik.

Penulis dapat rasakan satu pengalaman yang indah bersama teman-teman sebab dapat tawan pantai kerachut tersebut dengan berjalan. fuh, penulis sarankan sidang pembaca pergi untuk cuba pengalaman baru.

Meneroka flora dan fauna sambil menghayati keindahan ciptaan alam semula jadi yang diciptakan oleh-Nya.

Subhanallah... kebesaran ilahi....alhamdulillah.....dijadikan sebagai manusia di muka bumi ini.....Allahuakbar.... Semua itu susunan dan aturan-Nya.

'Malaysia Truly Asia'


Rabu, 26 Mei 2010

Negaraku Oh Malaysia...



Baru-baru ni ada berlangsungnya Citrawarna Malaysia di Dataran Merdeka. Acara ini di adakan untuk memperkenalkan kepada pelancong luar negara tentang kepelbagaian budaya yang ada di negara Malaysia. Program ini anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia. Tahniah atas usaha yang dilakukan bagi menarik minat lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Malaysia.

Beribu orang yang datang dan beribu juga la yang turut serta dalam perarakan pada malam itu. Pelbagai NGO dan pelajar dari pelbagai tahap menyertai acara ini, pelajar sekolah rendah, menengah, dan institut pengajian tinggi dari pelbagai bangsa.

Bila penulis melihat keadaan ini, perpaduan yang diperlihatkan daripada pelbagai kaum untuk menjayakan program tersebut membuktikan betapa eratnya hubungan masyarakat di negara Malaysia. Terdetik di hati penulis sebagai kiasan minda bahawa alangkah bersyukurnya dan bangga menjadi anak Malaysia. Oh tanah airku.

Penulis sentiasa mendoakan kemakmuran dan kesejahteraan berkekalan hingga ke akhir hayat.Amin...

Negaraku Oh Malaysia...

Jumaat, 21 Mei 2010

Pengetahuan Am..





Baru-baru ini ke muzium negara, sebab ada pameran keranda. Keranda ? keranda pun nak tengok ke ? apa yang dapat kita gambarkan, keranda itu bentuknya petak, ada penutup. Sapa kata keranda tu petak, bentuk tempayan pun ada. Tapi, kalau nak tahu keranda ni pun ada sejarahnya. Walaupun perkara yang biasa, tapi kalau dibuat penyelidikan lebih mendalam, perkara yang biasa tu pun boleh jadi yang perkara yang luar biasa.

Tak dinafikan seseorang yang popular selalu diberi perhatian sehingga di muzium negara pun ada juga koleksi barang-barang mereka.




Kuasa pemerintahan tak pernah lupus dek zaman. Sama ada pada masa dulu hingga kini, pemerintahan adalah nadi kehidupan.

Segalanya adalah pengetahuan am. Sejarah adalah pengetahuan am, dan pengetahuan am adalah sejarah.

Isnin, 17 Mei 2010

Selamat Hari Guru

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita


Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta


Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Jumaat, 14 Mei 2010

Jauhi Zina..







Doa Yang Menolak Zina
May 13th, 2010 by Abu Saif 2:50 pm

“Ustaz, di manakah saya boleh mencari kekuatan untuk menolak zina?” seorang anak muda bertanya kepada saya.

“Carilah ia di dalam Solat. Di dalam doa” saya membalas email yang dikirimnya.

Anak muda itu terasa hampa. Barangkali beliau kecewa kerana saya memberitahunya apa yang dia sudah tahu.

Solat.

Doa.


Sudah berapa kali dia bersolat dan berdoa, tetapi kekuatan yang dicari tidak pernah ada. Seperti Allah tidak menjawab permintaannya. Solat yang hampa. Doa yang terbang dibawa angin masa.

Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri memberi jaminan bahawa Solat itu mencegah manusia daripada kemungkaran, terutamanya zina? Itu yang disebut di dalam al-Quran:








“Bacalah serta ikutlah akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada Al-Quran, dan dirikanlah Solat. Sesungguhnya Solat itu mencegah daripada perbuatan yang Fahsya’ dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar. Dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan” [Al-Ankabut 29: 45]

Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Seandainya solat anak muda itu dan kita semua tidak mampu mencegah diri daripada kejahatan, terutamanya Zina, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan solat yang kita kerjakan. Bukan sahaja daripada aspek cukup Syarat atau sah tidak sahnya solat itu, malah intipati dan maknanya.

Ya, sejauh mana kita memaksudkan apa yang kita minta?

Sampaikah kepada permintaan seorang anak muda bernama Yusuf?

TELADAN MUJAHADAH YUSUF

Imra’ah al’Aziz yang dikenali sebagai Zulaikha itu, tidak pernah berputus asa. Di satu ketika dia menafikan dirinya sebagai orang yang memaksa zina ke atas Yusuf. Tetapi setelah kejadian baju Yusuf terkoyak akibat kejadian sebelumnya (Yusuf 12: 25) tersebar ke seluruh kota (Yusuf 12:30), Zulaikha menjadi liar. Malunya hilang, malah semakin mengganas pada tindakannya untuk mendapatkan Yusuf. Wanita-wanita bangsawan temannya dihimpunkan. Mereka dijamu makan. Setiap tangan diberikan pisau untuk memotong dan Zulakhai memaksa Yusuf tampil ke khalayak menampakkan diri.

Daripada Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Yusuf telah diberikan separuh daripada kecantikan diri” [Al-Bukhari no. 7517 dan Muslim no. 162]

Separuh kecantikan diberikan kepada Yusuf.

Separuh lagi diagihkan kepada seluruh manusia lain!

Giliran mereka pula dibius cinta. Tangan tidak terasa bahawa pisau tidak lagi memotong makanan. Jari-jari mereka luka dipotong pisau kerana panahan rupa paras Yusuf. Zulaikha mengeluarkan ‘buah’ manusia yang mabuk cinta. Mereka belum kena lagi. Sekarang tahukah mereka apa yang dihadapinya saban hari selama ini?





“(Zulaikha) berkata: “Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya! Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi dia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau dia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah dia akan dipenjarakan, dan (Yusuf) akan menjadi daripada orang-orang yang hina.“ [Yusuf 12: 32]

Kini Zulaikha tidak lagi sendirian. Kemahuannya diakui oleh seluruh wanita yang melihat susuk wajah Yusuf. Zulaikha berjaya menjustifikasikan kehendak nafsunya. Maksiat bukan lagi maksiat. Kini maksiat adalah suatu mangsa keadaan!

Malah dayusnya al-’Aziz dan betapa berkuasanya Zulaikha sebagai First Lady, dia bebas menentukan siapakah yang patut dihumban ke penjara dan siapa yang tidak. Andai Yusuf enggan menerima ajakan Zulaikha, harga yang perlu dibayar adalah PENJARA.

Apakah tekanan yang Yusuf hadapi?

Anak muda, peluang ada, kecenderungan bisa terjadi, menolaknya pula bererti merengkuk di penjara. Sepadankah tekanan itu dengan apa yang kalian sebagai anak muda, hadapi berkaitan zina?

Atau kalian dengan sengaja gemar berkelakuan lemah diri? Justeru mudah memberi alasan, bahawa keadaan adalah ‘pihak’ yang patut dipersalahkan?

Sesungguhnya Yusuf mendengar ugutan itu. Beliau tahu di hadapannya hanya dua. Zina atau penjara.

MENCARI KEKUATAN DENGAN SOLAT DAN DOA

Yusuf tinggal sendiri.

Al-’Aziz sebagai bapa angkatnya, suami kepada Zulaikha dan Menteri Utama negara Mesir, tidak berperanan untuk mencegah hal ini. Beliau berada di kemuncak dayus.

Tiada tempat lain untuk Yusuf mencari kekuatan melainkan dengan Solat dan Doa.



Yusuf (merayu kepada Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara daripada apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan jadilah aku daripada golongan orang jahil yang tidak mengamalkan ilmunya” [Yusuf 12: 33]

Doa Yusuf itu sarat dengan makna. Yusuf benar-benar menyatakan kebergantungannya kepada Allah. Sesungguhnya tanpa bantuan Dia, Yusuf lemah untuk mendepani tipu daya wanita-wanita jahat itu. Sesungguhnya doa tidak boleh datang daripada hati yang sombong. Meminta sesuatu daripada Allah yang dirinya tidak berasa kepada keperluannya. Jika Allah beri, dia terima. Jika Allah tidak beri, dia akan buat sendiri. Sombongnya hati manusia yang meminta dan berdoa tidak dengan bahasa seorang hamba.

Yusuf juga menunjukkan kepada kita kuasa sebuah doa. Doa menguji sama ada kita benar-benar mahu kepada apa yang diminta, atau kita memintanya tanpa kesungguhan dan makna. Doa akan membunuh sifat hipokrit bahawa mulut meminta sesuatu, namun hati tidak bersungguh memaksudkannya.

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin ia akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai”. (Hadith riwayat al-Tirmidzi, dihasankan oleh Sheikh al-Albani)

ENGKAU DAN DOAMU





Dirimu minta daripada Allah agar dihindarkan daripada zina. Namun sejauh mana hatimu membenci zina? Sejauh mana engkau mahu menjauhkan diri daripadanya? Adakah mulut meminta perlindungan, ketika hati dibiarkan melayan kecenderungan?

Doa mengajar kita memaksudkan apa yang kita minta. Supaya dengan doa itu, akhirnya hanya dirinya dan Allah yang benar-benar tahu, sejauh mana permintaan itu disungguhkan.



“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu berdoa, maka hendaklah dia menekadkan apa yang diminta. Dan janganlah sekali-kali beliau berkata: Ya Allah jika Engkau mahu, berikanlah kepadaku apa yang kuminta. Sesungguhnya tiada suatu permintaan pun yang berat bagi Allah untuk menunaikannya” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Doa menyaring hasrat hati.

Hanya hati yang berjaya membulatkan permintaan, bersih daripada rasa berbelah bagi antara mahu meninggalkan maksiat dengan adanya rasa sayang untuk apa yang berlaku itu tamat.

Yusuf benar-benar memaksudkannya. Dirinya semakin lemah dengan tekanan yang memuncak. Justeru jika satu-satunya cara untuk selamat adalah dengan merealisasikan ugutan Zulaikha, sesungguhnya penjara itu lebih disukainya berbanding zina yang membinasakan.

HATI YANG IKHLAS

Di sinilah titik IKHLAS pada hati yang meminta. Hati yang bersih daripada semua pihak selain daripada Allah.



“Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” [Yusuf 12: 34]

Allah Maha Mendengar permintaanmu.

Allah Maha Mendengar suara halus di dalam hati yang meminta itu dan sejauh mana permintaan itu dimaksudkan.

Allah juga Maha Mengetahui terhadap apa yang berlaku.

Zulaikha mahukan engkau terpenjara untuk membalas dendam.

Allah memberikan engkau penjara seperti yang diminta, bahawa penjara itu memiliki hikmah besar yang menanti, seperti yang berada di dalam Ilmu-Nya.

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina” [Ghafir 40: 60]

Justeru anak muda, saat engkau mendepani kehidupan yang sangat mengajak kepada zina ini, perkukuhkanlah Solat dan Doamu untuk mencari ketulusan hati.

Hati yang benar-benar membenci zina dan kejahatan. Hati yang benar-benar menolaknya.

Seperti yang terungkap di dalam sebuah DOA!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG