BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Selasa, 16 November 2010

Bina 1Malaysia

Apa itu bina 1 Malaysia ?
Bina 1 Malaysia adalah satu program yang bakal menerjah anda tidak kira tua atau muda.
Program yang dirancang oleh satu agensi di bawah kerajaan dipanggil INMIND adalah usaha untuk menerapkan 8 nilai iaitu berpretasi tinggi, bijaksana, budaya ilmu, ketabahan, integriti, budaya inovasi, kesetiaan dan _________ ?(kerja rumah kepada pembaca)
Semua ini adalah usaha kerajaan untuk mentranformasikan masyarakat di Malaysia ini agar mementingkan nilai dan bukan sahaja mementingkan nilai walhal dapat mengaplikasikan nilai-nilai ini dalam peribadi seseorang itu. Negara Malaysia ini terkenal dengan masyarakat yang sopan-santun dan berbudi bahasa, justeru seluruh negara di dunia memang sudah maklum tentang perkara ini. Persoalan saya sejauh mana nilai yang diterapkan ini dapat dihayati oleh semua lapisan masyarakat yang majmuk di tanah airku yang tercinta ini ?
"Rambut sama hitam, hati lain-lain" cukup dengan pepatah melayu ini dapat menggambarkan masyarakat di negara kita ini. Para pembaca sekalian, apakah modal insan yang ingin kita lahirkan ? Dewasa ini, pelbagai isu yang dipaparkan di akhbar dan berita-berita tempatan yang membuatkan kita risau dan takut. Kejadian 'anak bunuh ibu', kanak-kanak di bawah umur dirogol', 'pelajar lahirkan anak luar nikah' dan pelbagai lagi paparan yang boleh membuatkan kita risau dan cemas. Penulis tertarik dengan kata-kata dari salah seorang sahabat "negara kita selamat tapi tidak sejahtera". Walaupun biasa ungkapannya, tetapi menggambarkan situasi sebenar yang berlaku di negara Malaysia ini. Ibnu Khaldun di dalam teori ketamadunannya mendefinasikan tamadun ini diistilahkan 'umran' dan mengalami kitaran peradaban dimana pada mulanya kita membangun, kemudian diikuti dengan memajukan dan akhir sekali keruntuhan. Perkara ini membimbangkan penulis sama ada negara malaysia ini di tahap membangun atau memajukan ataupun keruntuhan. Perkara yang jelas di pemerhatian kita adalah masyarakat kita semakin keruntuhan akhlak. Kes-kes yang membimbangkan tumbuh bagai cendawan. Penulis terpanggil untuk melontarkan pandangan tentang situasi yang membimbangkan ini.
Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan sentiasa mengambil kira sosial, ekonomi, pendidikan, kerjaya dan berbagai-bagai perkara penting lagi. Namun, penulis hairan dengan langkah-langkah yang dilakukan tidak memberi impak yang tinggi kepada perkembangan masyarakat kita pada hari ini. Kenapa perkara ini berlaku ?
"Tepuk dada tanya diri " di dalam firman -Nya mafhum "seseorang itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan dirinya sendiri yang mengubahnya" maksudnya disini seseorang itu tidak akan mampu mengubah sesuatu masyarakat melainkan individu di dalam masyarakat itu sendiri sedar dan berusaha mengubahnya.
Kita mahu lihat negara kita adalah sebuah negara yang bertamadun, maju, dan sejahtera. Tapi, siapa yang akan memastikan negara yang tercinta ini bertamadun, maju dan sejahtera kalau bukan kita sendiri. Wahai pembaca sekalian, tidak pernah lupa mantan perdana menteri kita pernah berkata "masyarakat di Malaysia ini perlu mengambil masa seketika untuk berfikir sejenak apa yang akan dilakukan untuk negara ini pada masa depan kelak nanti".
Agama islam adalah penyelesaian kepada perkara ini. Hal ini kerana telah maklum dimana Allah s.w.t. sendiri memberitahu di dalam wahyunya bahawa agama ini telah sempurna diturunkan. Nabi Muhammad s.a.w. itu sendiri adalah teladan yang wajib dicontohi. Persoalannya bagaimana Agama islam ini dapat disampaikan kepada masyarakat hari ini dengan penuh hikmah dan bijaksana. Tambahan lagi, dengan pelbagai kemudahan teknologi yang ada untuk dimanfaatkan pada jalan yang tepat. Cukup sahaja beberapa patah perkataan dari penulis untuk pembaca sekalian sebagai kiasan minda di pagi hari ini.
Sekali lagi penulis mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat islam di dunia ini.
Sekian. semoga ketemu lagi....

3 ulasan:

  1. konsep 1 Malaysia sudah lama diterapkan selama ini dimana perpaduan kaum menjadi terasnya.Cuma slogannya baru sahaja diperkenalkan oleh YAB perdana menteri kita..Jika dilihat dari situasi kini,secara realitinya setiap kaum masih perjudis antara 1 sama lain..laman2 sosial seperti facebook menjadi medan untuk memperbesar permusuhan kaum..ubatnya ialah kita harus melihat kembali dari aspek sejarah dan men ghormati hak antara yang telah ditetapkan.Mengapa semasa hendak mendapatkan kemerdekaan dahulu semua kaum bersatu dan bersetuju akan hak masing dan tidak pula kini?Sama2 lah kita renungkan

    BalasPadam