BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Jumaat, 18 Februari 2011

Ayuh ! Kembalikan rentak API di persada varsiti



Salam sejahtera kepada sidang pembaca sekalian,

Sudah lama penulis menyepi dan tidak mengemaskinikan blog penulis, mohon maaf dipinta kepada semua.

"Ayuh ! Kembalikan rentak API di persada varsiti".
Sidang pembaca mesti berasa hairan kenapa penulis meletakkan tajuk ini. Penulis berasa terpanggil untuk menyuarakan suara hati ini. Sebagai seorang mahasiswa yang menuntut di Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya, tanggungjawab untuk mengambil tahu tentang keadaan dan suasana di API ini sendiri lebih-lebih lagi API adalah tempat penulis sedang belajar.

Hal ini adalah, kerana di setiap Universiti di Malaysia ini sedang berlangsungnya pilihan raya kampus. Walaubagaimana, perjuangan penulis bersama rakan-rakan adalah untuk membawa mahasiswa API ini untuk sama-sama menaikkan keunggulan nama API ini pada satu tahap yang lebih baik lagi di kaca mata Universiti Malaya itu sendiri dimana selaras dengan slogan yang dibawakan "ayuh ! kita memartabatkan rentak API di persada varsiti." Malahan perjuangan ini tidak berunsurkan sebarang ideologi dan hanya menekankan sepenuhnya kepada kebajikan mahasiswa dan pentadbiran di Akademi Pengajian Islam itu sendiri.

Buat sidang pembaca sekalian, untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Jentera Bebas yang bertanding ini boleh melihat di laman blog ini

http://kamisokongcalonbebasapium.blogspot.com/2011/02/berikut-merupakan-manifesto-
yang-akan.html


Selain itu, penulis juga ingin menekankan tentang calon-calon yang bertanding ini adalah calon-calon yang berkebolehan, mereka ini adalah calon-calon yang mempunyai kredibiliti dari segi Akademik mahupun Kokurikulum dan mereka juga aka berusaha untuk menyempurnakan hasrat-hasrat yang telah disuarakan oleh mahasiswa di API itu sendiri seperti yang telah sedia ada di dalam manifesto.

Berbekalkan juga slogan "NAFAS BARU", calon-calon yang baru dan suasana yang baru akan diketengahkan. Hal ini adalah satu alternatif jentera sebagai calon yang dipilih daripada suara mahasiswa Akademi Pengajian Islam (API) itu sendiri.

Harapan daripada penulis semoga sepanjang 4 hari berkempen ini, seruan-seruan perjuangan anak muda yang baru ini dapat disambut dan sama-sama mahasiswa di akademi pengajian islam itu sendiri melakukan perubahan dengan berpindah daripada masih berada pada takuk yang lama.

Sekian.


"AYUH ! MEMARTABTKAN RENTAK API
DI PERSADA VARSITI"

"NAFAS BARU"