BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Rabu, 29 September 2010

Kemelut Peradaban Remaja di Malaysia

Pada 28/9/2010

Jam : 2.30 ptg.

Penulis menghadirkan diri ke Seminar Peradaban Remaja di Malaysia di Dewan Kuliah Utama (DKU) Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Pembentangan pada masa itu oleh Prof Saedah Siraj dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Tajuk pembentangan beliau "Mendekatkan diri kepada Remaja : Peranan institusi keluarga"

3.00 ptg.
Ketika ini penulis mula beredar daripada tempat seminar itu. Walaupun penulis tidak berada di dalam dewan itu dalam jangka masa yang lama, namun ada juga beberapa perkara penting yang penulis peroleh untuk dikongsi bersama sidang pembaca. Perkara tersebut adalah mengenal remaja ini, bukanlah kita dapat mengenal mereka ini ketika mereka remaja sahaja. Tapi apa yang diperkatakan oleh pembentang, ialah mengenal remaja ini daripada mengenal hidupan iaitu bermulanya daripada percantuman benih lelaki dan perempuan lagi. Maksudnya, ketika masih dalam janin lagi, mereka ini perlu dididik dan dibentuk sebelum mereka ini bergelar remaja. Maka, keadaan ini dapat menggambarkan yang peranan ibu itu penting dalam mencorakkan anaknya pada masa akan datang melalui kelakuan sehariannya. Hal ini kerana di dalam diri manusia ada dua unsur yang penting iaitu unsur ransangan manusia dan unsur ransangan haiwan. Jadi kedua-dua perkara ini perlu seimbang atau menjadikan unsur ransangan manusia itu lebih dominan berbanding unsur ransangan haiwan.
Kesimpulannya di sini, corak pembentukan awal sejak dari kecil lagi perlu diterapkan dengan hikmah dan bijaksana supaya hasilnya dikemudian hari nanti adalah corak pembentukan yang terbaik. Sama ada akhlaknya, pertuturannya, emosinya dan yang paling penting adalah jasmani dan rohaninya, semuanya adalah hasil daripada corak pembentukan awal seseorang sebelum bergelar 'remaja'.

3.30 ptg.
Balik Kolej..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan