Inilah keadaan yang berlaku, terutama pelajar-pelajar di kawasan asrama, tak kira samaada pelajar sekolah ataupun mahasiswa. Perkara ini berlaku sejak dari dahulu lagi, dan saya pun rasa anda huga tidak akan menafikannya. Saya pun tak mahu nafikan yang saya juga menetap di asrama, dan saya pun pernah alami situasi yang sama.
Cuma sebagai 'kiasan minda '. Telah menjadi kebiasaan barang-barang keperluan untuk tinggal di asrama dibeli pada awal kemasukan ke asrama, tetapi yang sedihnya masalah yang berlaku kemudian, barang-barang yang dibeli pada awal-awal masuk semua ditinggalkan begitu sahaja. Masa awal-awal nak menetap dulu sibuk beli-belah di sana-sini untuk melengkapkan keperluan dalam bilik. Tapi, sekarang barang yang telah di beli, hanya pandang sebelah mata sahaja.
Tingkah laku seperti ini amatlah buruk jika dijadikan ikutan buat generasi masa akan datang. Sikap yang ambil mudah tentang menghargai sesuatu benda itu dapat menggambarkan kita tidak ada perasaan untuk mengambil berat dan bertanggungjawab dalam sesuatu perkara.
Seterusnya, tingkah laku sedemikian akan terbawa-bawa kepada perilaku kita terhadap keadaan di sekeliling. Cuba kita lihat, berapa ramai yang mempedulikan apa yang berlaku disekeliling mereka ?