BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Sabtu, 28 Ogos 2010

Puasa adalah perisai

Ibadah puasa adalah amalan yang mulia yang wajar dilakukan oleh setiap muslim di muka bumi ini. Puasa adalah perisai, bagaimana yang dikatakan puasa adalah perisai kepada setiap muslim itu ? Mestilah tertanya-tanyakan sebab apa yang kita tahu tentang puasa ini adalah menahan diri dari lapar dan dahaga.

Dah la tak makan, tak minum pula tu, mesti la tak da tenaga.
Tapi, macam mana boleh kata perisai kepada dirinya. Kalau ikutkan fikiran yang rasional, sahih orang dah jawab tak logik la puasa ni boleh jadi perisai bagi diri seseorang itu. Ye la, nak bertahan mesti la kena kuatkan, kalau nak kuat kena ada tenaga, kalau nak ada tenaga perlu ada sumber makanan dan minuman yang cukup. ha, mcam mana sekarang ni ?? apa jawapan anda ?

Penulis menjelaskan sekali lagi puasa adalah perisai. Semua masalah yang diceritakan tadi kita kemukakan apabila kita lihat dari zahir sesuatu makna tu saja. Cuba kita lihat dari sudut lain ataupun maksud tersirat disebalik mesej yang disampaikan. Puasa itu dikatakan perisai kerana perisai kepada hawa nafsu kita. Dalam diri manusia ada nafsu, masa bulan ramadhan ni syaitan dah dibelengu atau diikat, jadi apa yang mendorong seseorang untuk mengikut kemahuannya kalau bukan nafsu.

Nafsu juga adalah musuh yang paling susah untuk kita lawan. Dalam bulan Ramadhan ini la nafsu dapat ditewaskan dengan ibadah puasa yang dikerjakan. Kita menahan diri dari lapar dan dahaga, secara tak langsungnya kita berperang dengan diri untuk menahan dari gelojak nafsu makan dan minum. Kita menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang maksiat, semua ini kita dapat lakukan dengan adanya perisai yang kental ini.

Maka kalau sedang berpuasa itu, jika ada sesuatu yang menduga kita, katalah "sesungguhnya aku berpuasa". Terdetik kesedaran di dalam jiwa ini betapa besarnya erti nilai berpuasa itu dalam diri seseorang.

Jadi, di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini penulis ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa. Kejarlah malam-malam kesudahan di dalam bulan ini dengan melipat gandakan ibadah kita kepada ALLAH, banyakkan bertaqarrub kpd ALLAH, carilah Lailatul Qadar....

Selamat Menjalani Ibadah Puasa !

2 ulasan: