BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Isnin, 19 September 2011

Warkah terakhir....

bismillahirahmanirrahim....

w'salam, wahai sahabatku naim. aku sebenarnya dah lama memikirkan tentang perkara ini. bulan 5 lalu aku ada emailkan tentang surat perletakan jawatan tersebut, namun tiada sebarang jawapan yang aku terima. Aku terpaksa mengundurkan diri daripada bergiat aktif dalam aktiviti, maaf dipinta dan aku berterima kasih kepada semua sahabat-sahabatku atas perkongsian ilmu dan pengalaman selama menjadi sebahagian daripada ahli Karisma ini. Aku baru sahaja menjalani pembedahan ACL bulan lalu. Maaf tak memaklumkan kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa. Walaubagaimanapun, alhamdulillah keadaan dah semakin baik. Sebenarnya, aku sudah membuat keputusan untuk aku menumpukan lebih perhatian kepada akademik setelah perubahan yang ketara kepada keputusan akademik selama setahun ini, mungkin silap itu juga datang daripada diri yang serba naif ini. Kesediaan diri ini untuk memimpin barisan ahli karisma masih belum berupaya untuk memikul amanah yang berat ini. Kalam Allah yang sentiasa mengingatkan diri ini "setiap apa yang kamu pimpinkan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak" membuatkan berasa bersalahnya diri ini selama ini. Terlalu cetek ilmunya hamba ini dengan nak dibandingkan ilmu Allah yang serba Maha luas hingga ke penghujung alam ini. Masih banyak yang aku perlu pelajari dan menimba ilmu Allah di muka bumi ini. Selain itu, buat pengetahuan sahabatku naim, aku adalah orang kampung yang datang daripada jauhnya negeri di utara semenanjung Malaysia, aku bukanlah daripada kalangan keluarga yang berada menyedarkan keupayaanku tentang perbelanjaaan di Universiti Malaya. Memikirkan tentang 5 tahun akan datang, tentang pinjaman pelajaran ini, mendesak diri ini untuk melakukan kerja sampingan untuk simpanan kelak nanti. Aku terpaksa membahagikan masa ini dengan menimba ilmu dan pekerjaan sampingan. Ini realiti yang perlu aku hadapi untuk aku teruskan kehidupan di Institut pengajian di tengah ibu kota raya Kuala Lumpur. Aku harap kau dapat memahami keadaanku ini. Wahai sahabatku naim, aku harap kau dapat menerima keputusanku ini dengan hati yang terbuka, insyallah mungkin ada yang lebih layak lagi dapat menggantikannya. Aku sendiri akan memaklumkan kepada Abang Aji tentang keputusanku ini. Segala pembiyaan kepada Karisma Universiti Malaya yang dipegang ini akan aku serahkan semula kepadanya sementara menunggu pimpinan baru Karisma Universiti Malaya. Keputusan ini adalah keputusan daripada luahan hati aku sendiri wahai sahabatku naim. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat Karisma agar sentiasa diberi petunjuk Ilahi untuk meneruskan perjuangan kepada jalan yang benar ini. Amin. Aku mohon maaf kepada barisan pimpinan yang lain. tolong sampaikan salamku kepada mereka sekalian.


sahabatmu dunia dan akhirat
-dhiyauddin b abd aziz

1 ulasan:

  1. apa sahaja keputusan anda, sahabat anda disini sentiasa mendoakan kejayaan anda...

    BalasPadam