Di dalam menganalisis data, metod yang digunakan ialah deduktif,
induktif dan komparatif.
Melalui kaedah deduktif, sesuatu kesimpulan dicapai melalui premis,
penyataan atau maklumat tertentu yang diperoleh daripada pelbagai sumber.[1] Melalui
kaedah ini juga teori dan gagasan fikiran yang ada berasaskan pemikiran dan
pengalaman tertentu untuk melihat fenomena yang berlaku telah digunakan. Teori
atau gagasan ini juga dapat membantu dalam pengumpulan data dan menjelaskan
fenomena yang dikaji. Selain itu, ia juga digunakan untuk membandingkan dengan
keadaan yang berlaku di dalam masyarakat atau untuk mengaplikasikan teori ini
di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Berdasarkan metod ini juga, data-data
yang bersifat umum mengarah kepada yang lebih khusus. Iaitu apa yang digagaskan
kepada keadaan sebenar yang berlaku dengan situasi yang dikaji telah diambil.
Kaedah induktif pula ialah suatu bentuk pemikiran yang mencapai ke
arah mendapatkan satu jawapan yang betul. Penaakulan secara induktif memerlukan
penyelidikan untuk mengemukakan pelbagai jawapan, idea, kesimpulan dari
alternatif yang diterima sebagai betul. Pada asasnya, kaedah ini bermula dengan
data yang terhad tetapi dengan meneliti data-data yang telah dikumpulkan, ia
dapat membantu dalam membuat perkaitan dan interprestasi terhadap apa yang
didapati.
[1]
John Arul Philips(1997). Pengaruh Kemahiran Berfikir. Teori dan Amalan.
KL. Utusan Publication and Distributors. h 37