BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Selasa, 1 November 2011

Metod Analisis Data


Di dalam menganalisis data, metod yang digunakan ialah deduktif, induktif dan komparatif.
Melalui kaedah deduktif, sesuatu kesimpulan dicapai melalui premis, penyataan atau maklumat tertentu yang diperoleh daripada pelbagai sumber.[1] Melalui kaedah ini juga teori dan gagasan fikiran yang ada berasaskan pemikiran dan pengalaman tertentu untuk melihat fenomena yang berlaku telah digunakan. Teori atau gagasan ini juga dapat membantu dalam pengumpulan data dan menjelaskan fenomena yang dikaji. Selain itu, ia juga digunakan untuk membandingkan dengan keadaan yang berlaku di dalam masyarakat atau untuk mengaplikasikan teori ini di dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Berdasarkan metod ini juga, data-data yang bersifat umum mengarah kepada yang lebih khusus. Iaitu apa yang digagaskan kepada keadaan sebenar yang berlaku dengan situasi yang dikaji telah diambil.
Kaedah induktif pula ialah suatu bentuk pemikiran yang mencapai ke arah mendapatkan satu jawapan yang betul. Penaakulan secara induktif memerlukan penyelidikan untuk mengemukakan pelbagai jawapan, idea, kesimpulan dari alternatif yang diterima sebagai betul. Pada asasnya, kaedah ini bermula dengan data yang terhad tetapi dengan meneliti data-data yang telah dikumpulkan, ia dapat membantu dalam membuat perkaitan dan interprestasi terhadap apa yang didapati.
Selain itu, kaedah komperatif juga digunakan untuk mendapatkan rumusan yang tepat melalui perbandingan data-data primer dan sekunder yang diperolehi. Segala data yang dikumpulkan, dibandingkan dan dipertimbangkan seterusnya diperbuat satu kesimpulan  daripadanya


[1] John Arul Philips(1997). Pengaruh Kemahiran Berfikir. Teori dan Amalan. KL. Utusan Publication and Distributors. h 37

Tiada ulasan:

Catat Ulasan