DEFINISI
URUF
Uruf ialah apa yang disenangi oleh masyarakat dan menjadi kebiasaan
dalam kehidupan, sama ada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan. Dari segi
fuqaha, uruf dikatakan adalah sama dengan adat.
Menurut pandangan Imam Ghazali, beliau menyatakan uruf dapat
diertikan sebagai;
" ما استقر في
النفوس من جهة المقول وتلقته الطباع السليمه بالقبول "
“Sesuatu yang
telah mantap di dalam jiwa manusia dan diterima oleh tabiat yang sihat.”[1]
Manakala ulama kotemporeri masa kini seperti Dr Yusuf Qardhawi pula
membahaskan uruf di dalam kitabnya adalah sebagai :
" مااعتاده
الناس, وتواضعوا عليه, في شئون حياتهم, حتي أنسوا به وأطمأ نو اليه, وأصبه أمرا
معروفا, نسوأ أكان عرفا قوليا, أم عمليا, عاما أم خاصا "
“Uruf ialah
budaya masyarakat yang lumrah dan diterima dengan penuh rela dan senang hati
sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan sama ada umum mahupun khusus.”[2]
Dalam kitab risalah ta’alim ,prinsip ke
enam belas daripada dua puluh yang dibahaskan oleh menceritakan bagaimana Imam
Al-Banna telah menetapkan sejauh mana pengaruh syara’ terhadap perilaku. Syara’
adalah penentu hukum, bukan uruf dan adat kebiasaan manusia. Imam Al-Banna
mengajak kita mengenali makna lafaz-lafaz dan istilah-istilah syara’, dari segi
hakikat dan intipatinya. Imam Al-Banna mengingatkan kita agar berhati-hati
dengan penyesat dan pendusta yang melaungkan kepalsuan, zahirnya kelihatan baik
namun, hakikatnya sangat keji. Berapa ramai manusia yang tergelincir menjadi
tawanan perangkap uruf yang silap dan menjadi mangsa syi’ar-syi’ar golongan
penyesat dan pendusta.
Uruf dapat digambarkan dalam pelbagai
bentuk. Antaranya dari segi perbuatan, contoh uruf berbentuk perbuatan adalah
membahagikan mahar kepada bayar langsung atau bertangguh, serta jual beli
secara unjuk-mengunjuk(tanpa lafaz aqad).[3]
Manakala, contoh uruf berbentuk kata-kata
adalah seperti perkataan daging tidak digunakan pada ikan, dan lafaz
budak(walad) hanya untuk lelaki tidak kepada perempuan.[4]
Assalamualaikum....
BalasPadammintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
semoga dimudahkan segala urusan anda... :)
JazakAllahu Khairan
En. Budi Ahmad belajar kat mana.saya juga perlu maklumat ini utk tugasan saya.kalau sedang membuat tugasan yg sama bagus juga boleh kongsi.
Padammintak izin untuk ambil maklumat saya pelajar OUM kampus alor star
BalasPadamAssalamualikum wbt. Saya hendak mintak izin untuk menggunakan info ini dalam tugasan saya. Harap dapat memberi kebenaran
BalasPadamassalamualaikum, saya nk tnya mcm nk bagi ikan ni kenyang ,dah bagi makanan tp lapar lagi.
BalasPadamSaya farah pelajar uitm ingin meminta kebenaran untuk menggunakan maklumat2 tuan ini, harap dibenarkan. terima kasih
BalasPadamTerima kasih atas perkongsinn ilmu...
BalasPadamBaca blog saya
BalasPadam