BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Isnin, 24 Oktober 2011

Definisi Uruf


DEFINISI URUF

Uruf ialah apa yang disenangi oleh masyarakat dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan, sama ada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan. Dari segi fuqaha, uruf dikatakan adalah sama dengan adat.
Menurut pandangan Imam Ghazali, beliau menyatakan uruf dapat diertikan sebagai;


" ما استقر في النفوس من جهة المقول وتلقته الطباع السليمه بالقبول "

Sesuatu yang telah mantap di dalam jiwa manusia dan diterima oleh tabiat yang sihat.”[1]

Manakala ulama kotemporeri masa kini seperti Dr Yusuf Qardhawi pula membahaskan uruf di dalam kitabnya adalah sebagai :

" مااعتاده الناس, وتواضعوا عليه, في شئون حياتهم, حتي أنسوا به وأطمأ نو اليه, وأصبه أمرا معروفا, نسوأ أكان عرفا قوليا, أم عمليا, عاما أم خاصا "

Uruf ialah budaya masyarakat yang lumrah dan diterima dengan penuh rela dan senang hati sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan sama ada umum mahupun khusus.[2]

Dalam kitab risalah ta’alim ,prinsip ke enam belas daripada dua puluh yang dibahaskan oleh menceritakan bagaimana Imam Al-Banna telah menetapkan sejauh mana pengaruh syara’ terhadap perilaku. Syara’ adalah penentu hukum, bukan uruf dan adat kebiasaan manusia. Imam Al-Banna mengajak kita mengenali makna lafaz-lafaz dan istilah-istilah syara’, dari segi hakikat dan intipatinya. Imam Al-Banna mengingatkan kita agar berhati-hati dengan penyesat dan pendusta yang melaungkan kepalsuan, zahirnya kelihatan baik namun, hakikatnya sangat keji. Berapa ramai manusia yang tergelincir menjadi tawanan perangkap uruf yang silap dan menjadi mangsa syi’ar-syi’ar golongan penyesat dan pendusta.

Uruf dapat digambarkan dalam pelbagai bentuk. Antaranya dari segi perbuatan, contoh uruf berbentuk perbuatan adalah membahagikan mahar kepada bayar langsung atau bertangguh, serta jual beli secara unjuk-mengunjuk(tanpa lafaz aqad).[3]

Manakala, contoh uruf berbentuk kata-kata adalah seperti perkataan daging tidak digunakan pada ikan, dan lafaz budak(walad) hanya untuk lelaki tidak kepada perempuan.[4]



[1] Al-Ghazali (t.t.) al Mustafa Fi Usul al-Fiqh, Qaherah : Dar al-Hadith m.s. 17

[2]Dr. Yusuf Al-Qardawi (1993) Madqal bidirasah al-Syariah al-islamiyah, Beirut : Mussasah al-Risalah c.1 h.153

[3] Muhammad Abdullah Al-Khatib, Penjelasan di Sekitar Risalah Ta’alim, c.16 h. 188
[4] Ibid.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum....
    mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
    semoga dimudahkan segala urusan anda... :)
    JazakAllahu Khairan

    BalasPadam
    Balasan
    1. En. Budi Ahmad belajar kat mana.saya juga perlu maklumat ini utk tugasan saya.kalau sedang membuat tugasan yg sama bagus juga boleh kongsi.

      Padam
  2. mintak izin untuk ambil maklumat saya pelajar OUM kampus alor star

    BalasPadam
  3. Assalamualikum wbt. Saya hendak mintak izin untuk menggunakan info ini dalam tugasan saya. Harap dapat memberi kebenaran

    BalasPadam
  4. assalamualaikum, saya nk tnya mcm nk bagi ikan ni kenyang ,dah bagi makanan tp lapar lagi.

    BalasPadam
  5. Saya farah pelajar uitm ingin meminta kebenaran untuk menggunakan maklumat2 tuan ini, harap dibenarkan. terima kasih

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsinn ilmu...

    BalasPadam