BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Jumaat, 14 Oktober 2011


ROKOK ELEKTRONIK

Dewasa ini sering kali kita melihat perubahan teknologi dalam peredaran zaman. Zaman sekarang memang tidak dapat dinafikan tentang kemajuan dan kecanggihan teknologi di mana perkara ini dibuktikan dengan kewujudan rokok elektronik. Walaubagaimanapun rokok elektronik ini tidak dibenarkan dijual di Malaysia di bawah Akta Racun 1952 Syeksen 22. Tambahan juga nikotin adalah senarai racun dalam kumpulan C. Mengikut undang-undang hanya racun dalam senarai kumpulan C perlu di daftarkan dahulu di bawah kementerian kesihatan sebelum di pasarkan di Malaysia . Kewujudan rokok elektronik adalah satu langkah inisiatif untuk berhenti merokok. Kajian mendapati rokok elektronik adalah lebih selamat berbanding rokok yang biasa digunakan di mana rokok yang biasa digunakan mengandungi sejumlah 4000 jenis kandungan bahan kimia yang tekandung di dalamnya. Walaubagaimanapun terdapat kandungan yang berbahaya di dalam rokok elektronik di mana kajian daripada Food and Drug USA (FDA) mengesahkan terdapat dua kandungan utama yang memberi kesan yang buruk kepada kesihatan iaitu :

  • Diethylene glycol (anti pembekuan toksik untuk manusia)
  • Carcinogens and nitrosamines (Kandungan yang menyebabkan kanser)

Selain itu, maklumat tambahan untuk mengetahui bagaimana proses rokok elektronik itu berlaku. Proses rokok elektronik ini berlaku dengan sebuah sensor yang terkandung dalam rokok elektronik mengesan ketika hawa dihirup melalui merokok. Ini kemudiannya memulakan elemen pemanas yang mengubah nikotin dari cecair kepada gas kemudian terhirup oleh perokok bersama-sama dengan propilen glikol yang menghasilkan menyerupai kabut asap.

7 ulasan:

  1. patut ada org tny ust masa ceramah...apa hukum rokok elektronik...

    so pada pendapat anda bagaimana?

    BalasPadam
  2. Bagi saya rokok elektronik ke, rokok betul ke, kalau benda tu dah memudaratkan kesihatan, adalah haram untuk diambil kegunaannya...

    Hukum haram itu jatuh atas kondisi kadar kemudaratan yang diperolehi. Ulama dahulu juga telah membincangkan tentang masalah ini dan hasil perbincangan ulama dahulu menyatakan hukum rokok itu makruh.

    Walaubagaimanapun, kandungan rokok dahulu tidak lagi seperti kandungan rokok sekarang. Memang dah ternyata kandungan-kandungannya membahayakan,dengan gambar-gambar kesan daripada merokok menguatkan lagi pembuktiaanya. Semua ini adalah kajian sains yang membantu dalam menguatkan lagi dalil larangan sesuatu hukum tersebut.

    Hukum fiqah ini berubah mengikut keadaan dan semasa.

    Kalau dilihat dari segi hadith rasulullah, makruh dalam makan bawang kerana baunya mengganggu ketika solat. Bawang pun dan disuruh elakkan, inikan pula rokok yang lebih teruk baunya.

    Seperti dalam firman Allah, mafhumnya :
    "janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan".

    Ayat di atas jika dilihat daripada tafsiran zahirnya, terang-terang Allah larang kita untuk jauhkan diri daripada kebinasaan.

    Namun, Jika dilihat daripada sebab ayat ini diturunkan, di dalam tafsir ibn kathir j.1 menyatakan sebab turun ayat tersebut berkenaan tindakan kamu ansar yang tidak mahu meneruskan jihad di jalan Allah adalah tindakan mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan
    sila rujuk laman di bawah :
    http://books.google.com.my/books?id=RgiMXksz3kAC&pg=PA372&lpg=PA372&dq=tafsir+berkenaan+janganlah+kamu+mencampakkan+diri+kamu+ke+dalam+kebinasaan+oleh+ibnu+abbas&source=bl&ots=moa95AoQtK&sig=SwcNrPi8mpdIiSNTZRRt0CCo_vY&hl=en&ei=ogSdTv61JYvkrAfsnrCuCQ&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=2&ved=0CCQQ6AEwAQ#v=onepage&q&f=false

    Walaubagaimanapun, individu yang telah terlibat dengan aktiviti merokok ini hendaklah mengambil nasihat doktor untuk berhenti agar dalam masa sama kesan kemudaratan terhadapnya tidak terlalu tinggi.

    Caranya anda perlulah bermula daripada sekarang. (^^,)

    Wallahualam..

    BalasPadam
  3. kalau keja ponteng dan dapat gaji pun haram. Senang aja, jika semua isap rokok elektronik kerjaan tak dapat cukai, so lama kelamaan jalan raya guna tanah merah lah..faham

    BalasPadam
  4. rokok elektronik telah dikenakan cukai bagi yang mengimport dari negara lain, nak marah dengan rokok elektronik sebab apa?, mesti kerana takut rokok tembakau susut jualan kan, e- cigar (rokok elektronik ) bayar cukai import, bagaimana pula dgn penjual rokok tembakau seludup kenapa tak kecoh, kenapa penjual rokok elektronik di kecam terok... harap dapat pikir sebelum kutuk

    BalasPadam
  5. Sekurang-kurangnya Rakyat Malaysia(RM) cuba untuk berhenti merokok dan ada pengganti untuk habit merokok, dlm masa yang sama menyahut seruan kerajaan supaya Tak Nak merokok.Klau lihat dari pengertian bahasa rokok adalah berkaitan dengan tembakau dan asap tetapi rokok elektrik harus ditukar nama kepada vapors(pengewap).Kalau nak cakap pasal bahaya semua benda yang kita makan atau minum semuanya ada side effect melainkan makanan/minuman dicatatkan dalam al-quran dan al-sunnah.Nasi yang kita makan hari2,Ubatan2 hospital,minuman ringan dan sbgnya.Apa salahnya kalau kita boleh buat perbandingan didiantara rokok betul dan e-rokok ni.dan jika katakan kemenangan berpihak pada e-rokok,kerajaan haruslah mempertimbangkan semula dasar2 yang perlu untuk diambil Jangan asyik nak bend sahaja.perlu kajian teliti.kalau kita diberi pilihan untuk produk yg mempunyai 4000 bahan kimia dan 4 bahan kimia,mana yang kita akan pilih.sedangkan pilihan yang kita ada cuma satu.ulasan nya jangan lah kerana disebabkan pasaran laris e-rokok nie dan hasil cukai untuk rokok kurang terus bend e-rokok.e-rokok tak salah ia adalah teknologi gadget dan yang harus dikaji semula adalah catridge atau liquid itu sendiri.tetapi bagi saya ia tetap kurang risiko berbanding rokok tembakau.

    BalasPadam
  6. Bagi saya Semua sebab cukai...heheh dan lebih kepada keuntungan pihak2 Tertentu.Cadangan kementerian kesihatan untuk mengurangkan kadar kandungan nikotin dan tar dalam rokok tembakau ( tradisional ) bermaksud untuk ape ek ? lain macam je.kenapa tak buat dari dulu lagi ? sedangkan kajian telah banyak dijalankan.Kempen Tak Nak merokok oleh kerajaan tidak TELUS dan membazir sahaja.

    Saya memahami tentang cukai rokok tembakau.Apa yang pasti, pihak pengilang rokok tidak duduk senang dengan e-rokok ni..sudah bayar cukai ma,apa cerita ni.....hehehe.

    "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan".



    Ketelusan pihak kerajaan amat


    BalasPadam
  7. saya setuju...
    namun yg terbaik harusnya kita semua berhenti dari tabiat rokok...samada rokok sebenar atau rokok elektronik dan sama2 kita amalkan kehidupan yg sihat...insyaAllah

    BalasPadam