ROKOK ELEKTRONIK
Dewasa ini sering kali kita melihat perubahan teknologi dalam peredaran zaman. Zaman sekarang memang tidak dapat dinafikan tentang kemajuan dan kecanggihan teknologi di mana perkara ini dibuktikan dengan kewujudan rokok elektronik. Walaubagaimanapun rokok elektronik ini tidak dibenarkan dijual di Malaysia di bawah Akta Racun 1952 Syeksen 22. Tambahan juga nikotin adalah senarai racun dalam kumpulan C. Mengikut undang-undang hanya racun dalam senarai kumpulan C perlu di daftarkan dahulu di bawah kementerian kesihatan sebelum di pasarkan di Malaysia . Kewujudan rokok elektronik adalah satu langkah inisiatif untuk berhenti merokok. Kajian mendapati rokok elektronik adalah lebih selamat berbanding rokok yang biasa digunakan di mana rokok yang biasa digunakan mengandungi sejumlah 4000 jenis kandungan bahan kimia yang tekandung di dalamnya. Walaubagaimanapun terdapat kandungan yang berbahaya di dalam rokok elektronik di mana kajian daripada Food and Drug USA (FDA) mengesahkan terdapat dua kandungan utama yang memberi kesan yang buruk kepada kesihatan iaitu :
- Diethylene glycol (anti pembekuan toksik untuk manusia)
- Carcinogens and nitrosamines (Kandungan yang menyebabkan kanser)