BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Selasa, 13 April 2010

Musim Peperiksaan



salam sejahtera buat semua sahabat dan rakan-rakan seperjuangan...

apabila tibanya musim peperiksaan, semua dah mula resah dan gelisah. Apa yang nak diresahkan ? kalau kita bersedia dan berusaha di awal-awal lagi mesti perasaan gelisah ini tak akan hadir. Tapi, kalau akhir-akhir semester baru nak mula baca tajuk awal, memang pasti gelisah sebab tak bersedia. Mula rasa pening kepala, pegang buku ini, pegang buku itu, semua rasa serba tak kena. Jadi, tujuan saya menulis ini sebab nak beri tips kepada bakal-bakal yang akan menduduki peperiksaan. Antaranya :

1)Tenangkan diri dengan banyakkan muhasabah

2)Melakukan ibadah pada sepertiga malam

3)baca nota-nota ringkas yang telah dibuat semasa pembelajaran

4)banyakkan latihan soal jawab soalan-soalan peperiksaan tahun lepas, secara tak langsung kita akan merujuk topik-topik yang kita belajar sebelum ini

5)selalu berdoa memohon dipermudahkan urusan

6)bila dah buat semua ini, dah menjawab peperiksaan, barulah kita bertawakkal atau berserah..


Sama-sama kita amalkan ...

2 ulasan: