BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Isnin, 18 April 2011

Hijrah untuk kebaikan

bermulanya cerita......
Kadang-kadang seseorang itu perlukan kepada penghijrahan dalam dirinya supaya dia dapat menjadi lebih baik daripada keadaan sekarang. Siapa-siapa kata hijrah sekarang tidak ada adalah satu kenyataan yang tidak dipersetujui oleh penulis. Bagi penulis hijrah tak semestinya berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Perubahan diri daripada satu tahap ke satu tahap yang lain juga adalah hijrah di mana adalah hijrah melalui perlakuan. Secara definisi islam pun menggambarkan maksud hijrah itu sedemikian. Penulis terlintas untuk menulis perkara ini kerana dilema penulis yang berada dalam keadaan sedemikian. Walaubagaimanapun keadaan ini penulis menerima sebagai satu proses kematangan dalam diri. Mungkin setiap orang juga biasa mengalami perkara-perkara seperti ini.

tukar topik......
Sekarang ini minggu peperiksaan, penulis mendoakan agar sesiapa yang menduduki peperiksaan dipermudahkan urusannya. doakan jua kepada penulis. Walaupun dalam minggu peperiksaan, penulis berusaha untuk menceburi dunia pekerjaan sampingan untuk mencari sedikit pendapatan sambil belajar. Alhamdulillah kerja dah dapat memang apa yang penulis minat iaitu bahagian masakan. Pembuat pizza di domino's. Apa-apa pun yang penting pengurusan masa supaya hidup tak huru-hara. Penulis harap dengan pekerjaan sampingan ini dapat membantu penulis untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar di warga kota ini.

tukar topik....
tanggal 13 jun 2011 akan menjadi tarikh keramat bagi penulis. di mana pembedahan ACL bakal dilakukan. hal ini adalah satu perkara pertama yang dilalui oleh penulis iaitu pembedahan. Apa yang pernah penulis ingat masa kecil dulu hanya jahitan di badan sahaja. tapi, perkara ini diputuskan atas kehendak penulis di mana untuk jangka masa panjang nanti. Penulis sudah melihat keadaan yang sama dilalui oleh ayahanda penulis sendiri. Biarlah menjadi iktibar kepada penulis. Jadi, harap semuanya berjalan lancar.amin...

tukar topik....
Situasi negara sekarang baru sahaja selesai pilihanraya di Sarawak. Keputusan menunjukkan rakyat masih mempercayai pemerintahan sekarang ini.

tukar topik.....
Semalam perlawanan bola sepak liga perdana inggeris di mana liverpool menunjukkan taringnya dengan kemenangan ke atas arsenal. Kuyt telah menghampakan arsenal. tajuk paparan akhbar hari ini.


Sudah lama tidak menulis....hm.....

tapi, bila dah mula menulis susah pula nak berhenti. perkara yang hendak disampaikan pada warkah hari ini adalah perkongsian situasi penulis dengan pembaca sekalian.

Penulis mengharapkan penghijrah penulis ini bakal memberi satu erti yang bermakna kepada penulis.

Satu gambaran yang dikatakan kiasan minda untuk tatapan pembaca yang dihormati sekalian.

10 ulasan:

  1. nice writing...gudlak!hmm...ni pembedahan lutut haritu ke? smoga slamat dalam pembedahan nanti.

    BalasPadam
  2. okkkkkkkkkk, buat pizza kat domino's mana ni?

    BalasPadam
  3. Syukran...
    Dapat kt bangsar... tapi tgh training kat midvalley..huhu... budak baru belajar..

    BalasPadam
  4. gud luck my brother!!

    BalasPadam
  5. liverpool gn arsenal seri la..

    BalasPadam
  6. Maaf (harmonist90) sebab ambik tajuk berita ja.. ...tu pun dgr org sembang seimbas lalu.....huhu

    BalasPadam
  7. Operation apa ?

    BalasPadam
  8. Operation ACL (search dr. google)

    BalasPadam
  9. Wow! Bijak sungguh awk membahagikn masa! Congrats! Jarang anak muda dewasa ini berfikiran positif mcm awk:)Xbuang masa. Kagum!!!
    btw, awk sakit ape smpi kena operation?

    BalasPadam
  10. ade org tulis kat fb dayau pengsan???

    BalasPadam