BaNNerS

BannerFans.com

Teman Blogger

Isnin, 27 Jun 2011

Ciri-ciri dan tugas seorang penyambut tetamu

Penyambut tetamu terbahagi kepada dua keadaan dimana penyambut dalam keadaan formal mahupun keadaan yang tidak formal. Dalam keadaan yang tidak formal, sesiapa sahaja boleh menjadi dan memainkan peranan sebagai penyambut tetamu apabila adanya tetamu yang datang mengunjungi ke tempat kediaman.

Walaubagaimanapun, skop yang akan diperbincangkan pada hari ini adalah ciri-ciri dan tugas-tugas yang diperlukan oleh seorang penyambut tetamu bagi keadaan yang formal.

Antara ciri-ciri penyambut tetamu ialah mengetahui etika sosial, beradab, sesuai cara perdampingan diri, bersalam ketika memperkenalkan diri dan gaya diri yang unggul. Selain itu, menjadi keharusan mengetahui protokol dalam sesuatu majlis sama ada majlis formal, separa tidak formal dan tidak formal. Dalam sesuatu majlis yang formal, beberapa perkara perlu diberi perhatian antaranya panggilan hormat dan susunan tempat duduk bagi tetamu kehormat yang hadir. Pemakaian yang bersih dan sesuai amat digalakkan ketika hadir dalam sesebuah majlis.

Kecantikan dan memiliki paras rupa yang indah adalah bonus kepada seseorang individu tersebut, walaubagaimanapun seperti kata orang tua iaitu ‘sedap mata memandang’ sudah memadai bagi ciri seorang penyambut tetamu. Hal ini kerana perwatakan sudah memadai untuk memberi ekspresi seseorang itu untuk mengatakan ‘sedap mata memandang’.

Selain itu, ciri seterusnya adalah mengenali tetamu yang hadir dari segi nama mahupun rupa parasnya, hal ini amat penting kerana tetamu yang hadir kemungkinan mempunyai pelbagai lapisan, darjat dan keturunan. Bagi tidak menyinggung perasaan seseorang tetamu itu, ciri seperti ini sangat diperlukan. Tambahan juga, sesetengah keadaan memerlukan penyambut tetamu agar mempunyai pengetahuan tentang protokol majlis formal. Contohnya mahir cara menyambut tetamu, bermulanya dari mengiringi sama ada tetamu jalan dahulu atau sebaliknya, cara menunjuk tempat duduk hingga cara memberi buku program.

Penyambut tetamu mestilah tiada cacat-celanya anggota badan supaya tidak akan menyebabkan pergerakan terbatas justeru menimbulkan masalah kelak. Selain itu, buku program hendaklah dibawa bersama semasa majlis berlangsung untuk diberikan kepada tetamu apabila perlu. Penyambut tetamu perlulah berdedikasi dalam tugasnya, contohnya datang awal sebelum majlis berlangsung.

Sikap sabar amat ditekankan kepada seorang penyambut tetamu ketika mendepani kerenah tetamu yang pelbagai bentuk ragamnya. Sikap bertolak ansur perlu ada semasa melayani tetamu tersebut dan tindakan memohon maaf perlu dibiasakan setiap masa apabila ditegur oleh tetamu. Senyuman adalah perkara paling penting ketika mendepani tetamu.

Skop seterusnya adalah tugas-tugas yang dilakukan oleh seorang penyambut tetamu terutamanya ketika majlis berlangsung. Perkara pertama, seorang penyambut tetamu perlu mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Selepas itu mestilah mengenakan pakaian yang sesuai mengikut jenis majlis yang diadakan. Contohnya pakaian yang dipakai tidaklah terlalu seksi dan cerah warnanya. Pakailah pakaian yang selesa dan warna yang lembut seperti warna hijau. Jika sesebuah majlis tersebut telah menetapkan tema pakaian, hendaklah memakai pakaian yang menepati tema majlis tersebut supaya kita tidak merosakkan tema majlis tersebut.

Selain itu, pemerikasaan terhadap senarai jemputan tetamu yang bakal hadir perlu dilakukan sebelum majlis berlangsung dan memantau tempat duduk yang telah disediakan untuk tetamu khas agar tidak diisi oleh orang lain.

Apabila ketibaan para tetamu jemputan, tugas pertama penyambut tetamu adalah menyambut ketibaan tetamu dengan penuh rasa tanggungjawab. Dalam masa yang sama, buku-buku program diedarkan kepada semua tetamu. Tugas penyambut tetamu perlu mengiringi tetamu duduk ditempat yang dikhaskan. Kadang-kadang tetamu jemputan yang terlewat datang, maka menjadi tugas penyambut tetamu untuk mengiringi tetamu tersebut tanpa mengganggu sebarang perjalanan majlis.

Penyambut tetamu perlu tahu tugas yang hendak dilakukan dari semasa ke semasa. Selepas mengiringi tetamu tindakan seterusnya adalah mempersilakan tetamu duduk di tempat yang telah disediakan. Jika tetamu itu bertanyakan sesuatu, perlulah bijak untuk menjawab persoalan yang diajukan dengan penuh berhemah dan sopan-santun. Selain itu, jika para tetamu memerlukan sesuatu, tugas penyambut tetamu untuk membantu apa-apa bantuan yang diperlukan.

Beberapa perkara juga perlu diingat kepada setiap penyambut tetamu ketika majlis berlangsung iaitu mengawal ketenteraman majlis, memastikan keselesaan dan keselamatan para tetamu yang hadir.

Semua perkara di atas adalah beberapa perkara yang penting berkenaan ciri-ciri dan tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh seorang penyambut tetamu ketika mengendalikan seseuatu majlis. Mudah-mudahan dengan beberapa garis panduan yang diberikan di atas dapat membantu dan dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja yang berkemahuan untuk menjadi penyambut tetamu dalam sesebuah majlis kelak nanti.

8 ulasan:

  1. aik...haritu baru operate xkan la keje plak dayau???

    BalasPadam
  2. saja, sambil-sambil rehat ni. tulis serba sikit...hehe...

    BalasPadam
  3. thx coz coretan awk mmbntu sy selesaikn keja dinamika sy..;D

    BalasPadam
  4. Terima kasih . Maklumat ini amat membantu saya dalam melengkapkan assignment .

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam