hi readers..
it is pleasure to meet again right.. this evening i like to tell you all a short stories. it is fun story i though. i don't know exactly, but u can figure out..
5.00 pm at Kampung Berjaya, a good weather with a gloomy sun and smooth wind come from the east side there has a small house with painted in blue colour over the wall, nice landscape with have a fortune at the corner side and a small hut between two coconut tree at the right side, a young lady is sit together with her mom in the kitchen preparing a dinner. there are preparing fried chicken and some dessert. at the moment the lady said to her mother,
young lady : mom, it is really critical right now. you should make me marry with some guys.
mom : i want to make a tea right now.
young lady : mom, do you hear what i just told right now? (furious)
mom : nowadays, tea, sugar and milk is getting expensive. (same expression)
young lady : then, what is related about the price to make a tea and the married? (getting more angry)
mom : i have to find money to buy a tea. now i have to find money for your marry.
young lady : erk... ok ... mom sorry... (feel regret)
p/s: the moral of this story, you should have a right time to tell your mother about married. (+_+')...
Sabtu, 9 Jun 2012
Jumaat, 18 Mei 2012
FYP !!!
Bismillahirahmanirahim
hm... artikel kali ini nak guna bahasa santai je la....
firstly, nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang sudi mengunjungi blog kiasan minda ini. terima kasih banyak2.
tajuk kali ini pasal FYP. huh.... kalau sebut pasal fyp jer dah meremang bulu tengkok, mata dah pusing-pusing, peluh pun dah mula keluar sikit-sikit. bukan apa, sebab takut kepenangan fyp itu sendiri... haha nampak macam dah hiperbola sangat, pergh... bahasa bombastik tu...
ok la, kita straight to the point. bukan apa, cuma nak kongsi je la dengan korang, dan mungkin boleh disimpan dalam entri ini juga sebagai kenangan. hm.... memori....
rasanya sesiapa budak tahun akhir belajar dekat u ke, kolej ke, poli ke, atau apa-apa je yang seangkatan dengannya mesti pernah lalui pengalaman menghadapi FYP ni. mana tak nya FYP ini la menjadi tiket korang untuk 'chow' dari kehidupan belajar ini la kan...kan....betul tak.....
sebelum tu, pengumuman2.... buat org2 kampung pisang sebatang, bagi yang tak tahu FYP, FYP ini stand for Final Year Project. budak-budak belajar selalu guna istilah FYP je.... ok, sambung balik.... ini satu pengalaman dan saat-saat yang ditunggukan betul tak..... mana tak nya dah bertungkus lumus dekat setahun menelaah nak siapkan fyp ini kan..... jadi kira biar lepas benda ini kira fuh......lega... rasa macam dah angkat gunung tahan la kiranya.....haha....
walaubagaimanapun, banyak benda yang dapat drpda melalui FYP ni kan...kan... betul tak.... baru tahu susah ke senang menuntut ilmu ini.... jadi benda yg ada kat dada dan otak ini jgan la biar keras dan beku je lepas dah selesai FYP ini.....
pesanan drpd pihak penaja, gunakan dan manfaatkanlah otak dan ilmu di dada ini untuk disumbangkan kepada masyarakat dan negara kelak......majulah sukan utk negara.... apa hal sukan pulak ini..... k dah merapu......
sepanjang menjalankan FYP .... apa yang dapat.... belajar untuk merancang apa benda yg nak dihasilkan utk fyp korang. merancang bila nak start, ambik masa berapa lama nak siap, setiap benda yang nak di buat tu agak berapa lama....macam-mcam lagi la...itu baru rancang bab masa......
lepas tu kena rancang lagi skop atau pengkhususan apa yg korang nak fokuskan.....hm kira isi-isi dalam tajuk tu la, metod dia ke, idea dia ke, senang kata apa-apa benda yang menjadi isi kepada tajuk fyp tu....
hm... lepas dah rancang apa pula.....
lepas rancang semua tu....mula la tugasan nak jadi ulat buku kat library pula....atau istilah lain dipanggil buat "literature review".... benda ini kena rajin sikit sebab nak menghadap bahan-bahan bacaan yg ada kaitan dgn kajian fyp yang korang buat.... biasanya sesuatu kajian atau projek yg korang buat, mesti dah dibuat oleh orang lain....jadi kira korang memperbaiki apa-apa yg patut... tapi kalau benda tu baru ....fuh.....penat la korang.....tapi takpa bagus benda baru.....kira korang adalah invention la.....
lepas semua benda tu, korang fokus la pula dekat fyp korang, macam mana korang nak implementasikan idea dan gambaran korang tentang fyp korang tu ke dalam report korang.....pandai-pandai la....setiap kaedah itu pelbagai dan ada kelebihan tersendiri..... itu ja la nak kongsi dan nak coretkan.... dah penat pulak....
sebelum itu, ha... nanti dah siap FYP ini tunggulah Halaman Web pertama .....
www.kiasan minda.com.my..... kunjungi la ye.... byk manfaat akan dapat nanti.... insyallah....usaha-doa-tawakal......
k la.....cuma nak bagi korang fikir sikit la....lepas dah habis belajar, apa yang korang nak sumbangkan kepada masyarakat dan negara ? hah, tepuk dada tanya si dia.....haha..... apa-apa pun... . benda-benda ini semua boleh jadi satu iktibar kita bersama..... macam selalu-selalu duk ending la kan......iktibar kita bersama utk tatapan kiasan minda seusia.... fuh....lega.... (+_+')....
salam.... hidup sihat dgn vitagen...... (^_^)...
Isnin, 26 Mac 2012
Ikhlas dalam bersahabat
Ikhlas dalam bersahabat
– Dhiyauddin Aziz
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi
SAW bersabda yang bermaksud:
“Seseorang itu adalah bersama dengan
orang yang dikasihi.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
pengajaran: sesiapa yang mengasihi suatu
golongan itu dengan ikhlas, maka kasih sayangnya itu akan mendorongnya untuk
melakukan amalan yang sama dengan golongan tersebut.
Bismillah…
Jari-jemari ini mula memulakan langkah untuk
menarikan kata-kata, insyallah bermanfaat buat sidang pembaca sekalian. Penulis
bukanlah seorang imam yang besar, juga bukanlah seorang menteri kepada sebuah
negara, mahupun seorang yang profesor, tapi cukuplah seorang hamba Allah yang
sedia untuk menyampaikan sedikit pengisian sebagai satu medium dakwah buat
tatapan pembaca sekalian agar menjadi sebuah kiasan minda dalam jalan hidup
sebagai seorang muslim jalanan.
Sebagai seorang muslim, penulis cuba untuk
melaksanakan apa yang disarankan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. di mana
kata-katanya yang sentiasa terpahat di hati seorang manusia yang mengakui
dirinya Islam iaitu “Sampaikanlah walaupun sepotong ayat”. Buat pembaca
sekalian, sepotong hadis yang hendak dikongsikan adalah Hadis yang diriwayatkan
oleh Abdullah bin Mas’ud r.a. di dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Makna hadis yang dinyatakan di atas adalah “seseorang
itu adalah bersama dengan orang yang dikasihi”. Jika difahami secara amnya
hadis ini menyarankan supaya dalam mengenali seseorang itu perlulah adanya
sifat ikhlas dan kasih mengasihi supaya kita dapat bersama dengannya.
Pengalaman penulis sendiri melihat bagaimana
kesan daripada pengaruh persahabatan dalam mencorakkan rentak hidup penulis
sendiri. Hal ini berlaku ketika penulis berada di alam persekolahan dahulu. Secara
amnya, apabila kita bersama rakan-rakan yang cenderung ke arah melakukan
kemaksiatan, diri yang mempunyai jiwa yang lemahnya iman dan prinsip ini pasti
mudah untuk terjebak dan mengikuti cara rakan-rakan sedemikian. Di
tambahnya dengan ceteknya ilmu pengetahuan menyebabkan fikiran ini tidak berfikir
panjang untuk memutuskan sesuatu keputusan.
Sebaliknya perkara yang kontra berlaku apabila
kita bergaul dengan rakan-rakan yang cenderung melakukan kebaikan dan
sentiasa menasihati dan menegur kita apabila kita tersalah langkah dalam
mengatur tindakan. Diri yang hanya berjiwa muda dan mudah untuk dilenturkan
amat mudah untuk menerima kata-kata daripada seseorang itu. Selain itu, ilmu
yang kian bertambah hari demi hari mengajar diri ini untuk lebih mendewasakan
pemikiran dan tindakan.
Namun bagi penulis, kedua-dua situasi di atas
telah banyak mengajar penulis mengenali diri penulis itu sendiri sama ada dalam
bentuk pemikiran mahupun tindakan. Perkara-perkara yang berlaku mengajar erti
bersyukur kepada Ilahi di mana dipertemukan dengan seseorang yang digelarkan sahabat
itu telah mencorakkan warna-warni dalam melayari kanvas kehidupan. Penulis
merasakan perkara yang sama kemungkinan turut berlaku kepada sidang pembaca
sekalian.
Buat sidang pembaca yang dikasihi, berdasarkan
kenyataan hadis dan sebuah ringkasan umum peribadi penulis yang dikongsikan telah
menyarankan penulis untuk mengemukakan sebuah tajuk untuk diketengahkan di mana
tajuknya yang berbunyi “ikhlas dalam bersahabat”.
Apabila berbicarakan tentang sahabat, terlintas
hati ini untuk memetik sepotong ayat Al-Quran di dalam surah Al-Zukhruf:67
maksudnya :
“(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat
saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa”.
Ayat di atas memperingatkan kepada setiap
manusia di mana ketaqwaanlah yang akan diukur di akhirat kelak. Oleh itu, dalam
bersahabat penuhilah diri ini dengan ketaqwaan kepada Allah iaitu takut kepada
Allah. Takut kepada Allah ini diterjemahkan sebagai kita mengikuti dan
melakukan syariat ataupun perintah Allah dan kita menjauhi dan meninggalkan
larangan Allah.
Hubungan manusia sesama manusia dapat dibentuk
dengan baiknya jika kita menjaga hubungan manusia dengan tuhannya. Akhlak
seseorang itu dibentuk daripada dalam iaitu hatinya. Benarlah kenyataan Imam
ghazali di mana hati itu adalah raja dalam diri. Jika baik hatinya maka baiklah
akhlaknya.
Terlintas pula di hati penulis untuk
dikongsikan sebuah kisah sahabat Rasulullah yang dapat dicontohi buat pembaca
sekalian. Kisah ini berlaku ketika peristiwa hijrah baginda Nabi Muhammad
S.A.W. ke kota Madinah yang mana pertama kalinya berlaku penyatuan yang
bersejarah dalam Islam iaitu penyatuan kaum Muhajirin dan Ansar. Walaupun, baru
sahaja berkenalan namun hubungan sesama mereka ibarat sudah berkenalan agak lama.
Kisah seorang sahabat bernama Abdul Rahman bin Auf yang mana beliau adalah
seorang peniaga yang berjaya di Makkah suatu ketika dahulu sebelum berhijrah ke
Kota Madinah. Hijrahnya telah memaksanya meniggalkan segala hartanya demi
menyempurnakan dakwah Islam itu. Namun pengorbanannya tidaklah sia-sia di mana
bermulanya persahabatan dengan kaum ansar di Kota Madinah memberinya satu
peluang baru untuk menjadikan peniaga yang berjaya juga. Hal ini berlaku
apabila sahabat daripada kaum ansar mempelawakan pelbagai kemudahan untuknya,
namun hanya satu yang diminta supaya diberikan sedikit modal dan sebuah tapak
untuk berniaga di Kota Madinah. Akhirnya terbukti apabila beliau menjadi salah
seorang peniaga yang terkenal di Kota Madinah dan berjaya memiliki segala
perkara yang ditawarkan oleh sahabat daripada Ansar itu dengan usahanya
sendiri.
Sebagai
mengakhiri coretan penulis ini, sekali lagi penulis ingin mengulangi tajuk
perkongsian ini iaitu ikhlaslah dalam bersahabat. Mudah-mudahan dengan coretan yang
tak sebeberapa ini ini dapat memberi serba sedikit nasihat dan motivasi kepada
sidang pembaca sekalian dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba kepada
pencipta. Kiasannya, ibarat usaha untuk mencorakkan warna-warni kehidupan pada
kanvas putih kehidupan. Sebagai penutup, ingatlah hubungan muslim sesama muslim
itu ibarat sebuah anggota badan, jika terdapat salah satu daripada anggota yang
sakit maka sakitnya terasa keseluruh anggota. Wallahualam…Sejarah Pemeliharaan Kemurniaan Al-Quran
Islam - Sejarah Pemeliharaan Kemurniaan Al-Quran (Al-Quran di masa Abu Bakar r.a.) – Dhiyauddin Aziz
Selepas kematian baginda Rasulullah
S.A.W. Para sahabat dalam kalangan Ansar
dan Muhajirin, sepakat melantik Abu Bakar r.a. sebagai khalifah. Ketika ini,
ramai di antara mereka masih belum kuat pegangan imannya terutama golongan
daripada kawasan Nedjad dan Yaman. Dilema yang dihadapi adalah golongan yang
murtad dari agama dan golongan yang menolak untuk membayar zakat. Selain itu
masalah nabi palsu di mana terdapat dalam kalangan mereka yang mengaku sebagai
nabi. Semua dilema ataupun masalah ini dihadapi oleh Abu Bakar r.a. dengan
tegas, sehingga dia berkata kepada golongan yang menolak untuk membayar zakat
“Demi Allah ! Kalau mereka menolaku
untuk menyerahkan seekor anak kambing sebagai zakat (seperti apa) yang pernah
mereka serahkan kepada Rasulullah, nescaya aku akan memerangi mereka”.
Maka tercetusnya peperangan yang hebat
untuk menumpaskan mereka yang murtad dan dan pengikut-pengikut orang yang
mengaku dirinya sebagai nabi itu. Di antara peperangan yang terkenal adalah peperangan Yamamah. Di dalam
peperangan ini, tentera Islam yang mengikuti peperangan ini antaranya daripada
para sahabat dan dan daripada para penghafal Al-Quran. Daripada peperangan ini
seramai 70 orang penghafal Al-Quran telah syahid.
Oleh kerana Umar bin Khattab r.a. risau
akan berlakunya lebih ramai para sahabat penghafal Al-Quran yang akan gugur di
medan peperangan, maka dia mendatangi Abu Bakar untuk bermesyuarat tentang
masalah ini. Dalam buku-buku tafsir dan hadith yang menceritakan tentang
percakapan yang berlaku antara Abu Bakar r.a. , Umar bin Khattab r.a. dan Zaid
bin Tsabit mengenai pengumpulan Al-Quran diterangkan sebagai berikut :
Umar berkata kepada Abu Bakar:
“Dalam peperangan
Yamamah para sahabat yang menghafal Al-Quran telah banyak syahid di medan
peperangang. Saya risau akan gugurnya para sahabat yang lain dalam peperangan
selanjutnya, sehingga banyak ayat-ayat Al-Quran yang hilang sebab kematian
mereka. Oleh sebab itu, saya berpendapat Al-Quran itu perlu dikumpulkan”.
Abu Bakar menjawab :
“Mengapa aku akan
melakukan sesuatu yang tidak diperbuat oleh Rasulullah?”.
Umar menegaskan :
“Demi Allah ! Ini
adalah perbuatan yang baik”.
Umar berulang kali memberikan
alasan-alasan kebaikan pengumpulan Al-Quran ini, sehingga Allah membukakan
pintu hati Abu Bakar untuk menerima pendapat Umar itu. Kemudian Abu Bakar
memanggil Zaid bin Thabit dan berkata kepadanya:
“Umar ini mengajakku
mengumpulkan Al-Quran “.
Lalu diceritakan segala perbualannya
dengan Umar. Kemudian Abu Bakar berkata:
“Engkau adalah
seorang pemuda yang cerdas yang ku percayai sepenuhnya. Dan engkau adalah
seorang penulis wahyu yang selalu disuruh oleh Rasulullah. Oleh kerana itu,
maka kumpulkan ayat-ayat Al-Quran itu”.
Zaid menjawab :
“Demi Allah ! Ini
adalah pekerjaan yang berat bagiku. Seandainya aku diperintahkan untuk
memindahkan sebuah bukit, maka hal itu tidaklah lebih berat bagiku daridapa
mengumpulkan Al-Quran yang engkau perintahkan itu”.
Seterusnya dia berkata kepada Abu Bakar
dan Umar :
“Mengapa kamu
melakukan sesuatu yang tidak diperbuat oleh Nabi?”
Abu Bakar menjawab :
“Demi Allah ! Ini adalah perbuatan
yang baik”.
Kemudian, Abu Bakar memberikan alasan-alasan
kebaikan pengumpulan ayat-ayat Al-Quran itu sehingga membukakan pintu hati
Zaid, kemudian dia mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran daripada daun, pelepah
kurma, batu, tanah keras, tulang unta atau kambing dan daripada sahabat-sahabat
yang menghafal Al-Quran.
Dalam usaha mengumpulkan Ayat Al-Quran,
Zaid bin Thabit bekerja dengan
penuh ketelitian. Walaupun dia telah menghafal
keseluruhan Al-Quran, tetapi untuk kepentingan umat Islam sejagat ayat-ayat
Al-Quran masih dirujuk kepada hafalan ataupun catatan sahabat-sahabat yang lain
dengan disaksikan oleh dua orang saksi.
Oleh
yang demikian, Al-Quran seluruhnya telah ditulis oleh Zaid bin Thabit dalam
lembaran-lembaran dan diikatnya dengan benang, tersusun menurut urutan
ayat-ayatnya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Rasulullah, kemudian
diserahkan kepada Abu Bakar. Mushaf ini tetap ditangan Abu Bakar sampai ia
meninggal, kemudian dipindahkan ke rumah Umar bin Khattab dan tetap ada di sana
selama pemerintahannya. Sesudah beliau wafat, Mushaf itu dipindahkan ke rumah
Hafsah , puteri Umar isteri Rasulullah sehingga pengumpulan dan penyusunan
Al-Quran berlaku di masa Khalifah Utsman.
Khamis, 16 Februari 2012
Salam senja...
bismillahirahmanirrahim...
ku mulakan coretan ini dengan lafaz agung yang sentiasa memuji yang Maha Esa. semoga penulisan kali ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada-Nya. Jam menunjukkan pukul 12:56 pm. aku mula menarikan jari-jemari ini untuk menulis pada catatan baru di laman blogku ini. Salam senja ....kenapa ? senja ini menggambarkan sesuatu masa yang hampir tamat, senja menggambarkan waktu siang yang hampir tamat untuk berubah kepada waktu malam, senja juga menggambarkan usia seseorang yang hampir ke penghujungnya. hari ini aku dapat khabar berita tentang kematian pak ngahku yang baru menghembuskan nafas terakhirnya. ku sedekahkan al-fatihah dan ku panjatkan doa semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. pak ngah sentiasa menjadi orang yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada ku apabila aku pulang ke kampung menziarahinya. pak ngah juga sentiasa memberi nasihat kepada kami adik-beradik supaya menjadi orang yang berguna apabila tamat belajar nanti. loghat penangnya yang pekat, kadang-kadang bercakap dalam bahasa inggeris membuat diriku kagum dengan dirinya kerana walaupun usia lanjut, namun penguasaan pelbagai bahasa tetap lancar bermain di lidahnya. Dia dikenali di tempat lahirnya dengan panggilan nana kerana keasliannya sebagai orang penang. sikap prihatinnya kepada masyarakat setempat menjadikannya dia dihormati dan disegani. Aku bersyukur kerana pernah bersama pak ngah walaupun mulai hari ini aku tidak akan berjumpanya lagi. ketika ini aku masih di kuala lumpur, sedihnya aku tidak dapat pulang untuk bersama-sama menguruskan jenazahnya pada pagi ini. peristiwa ini mengingatkan ku semula tentang perkara yang berlaku ketika arwah nenekku. ketika itu aku baru dua minggu di universiti malaya nilam puri memulakan hidup sebagai seorang pelajar. nenek atau aku panggilnya dengan tok, sentiasa diingatanku walaupun telah lama tok telah kembali ke rahmatullah. dua bulan aku menjaganya, makan, minumnya, tidur mandinya. pernah satu ketika perkara yang paling aku ingat adalah tok mengajarku masak ikan termenung masak asam pedas yang menjadi kegemarannya. itulah satu-satunya resipi yang tok ajar sebelum aku berpisah dengannya. Semoga kedua-duanya ditempatkan di tempat orang yang beriman diakhirat nanti. amin... setiap yang hidup pasti akan mati..tabahlah.....tabahlah wahai diri ini. biarlah coretan ini menjadi satu simpanan peribadiku.. salam senja....satu kiasan minda ....satu luahan rasa.... buat diriku yang berduka... Al-fatihah....
ku mulakan coretan ini dengan lafaz agung yang sentiasa memuji yang Maha Esa. semoga penulisan kali ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada-Nya. Jam menunjukkan pukul 12:56 pm. aku mula menarikan jari-jemari ini untuk menulis pada catatan baru di laman blogku ini. Salam senja ....kenapa ? senja ini menggambarkan sesuatu masa yang hampir tamat, senja menggambarkan waktu siang yang hampir tamat untuk berubah kepada waktu malam, senja juga menggambarkan usia seseorang yang hampir ke penghujungnya. hari ini aku dapat khabar berita tentang kematian pak ngahku yang baru menghembuskan nafas terakhirnya. ku sedekahkan al-fatihah dan ku panjatkan doa semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. pak ngah sentiasa menjadi orang yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada ku apabila aku pulang ke kampung menziarahinya. pak ngah juga sentiasa memberi nasihat kepada kami adik-beradik supaya menjadi orang yang berguna apabila tamat belajar nanti. loghat penangnya yang pekat, kadang-kadang bercakap dalam bahasa inggeris membuat diriku kagum dengan dirinya kerana walaupun usia lanjut, namun penguasaan pelbagai bahasa tetap lancar bermain di lidahnya. Dia dikenali di tempat lahirnya dengan panggilan nana kerana keasliannya sebagai orang penang. sikap prihatinnya kepada masyarakat setempat menjadikannya dia dihormati dan disegani. Aku bersyukur kerana pernah bersama pak ngah walaupun mulai hari ini aku tidak akan berjumpanya lagi. ketika ini aku masih di kuala lumpur, sedihnya aku tidak dapat pulang untuk bersama-sama menguruskan jenazahnya pada pagi ini. peristiwa ini mengingatkan ku semula tentang perkara yang berlaku ketika arwah nenekku. ketika itu aku baru dua minggu di universiti malaya nilam puri memulakan hidup sebagai seorang pelajar. nenek atau aku panggilnya dengan tok, sentiasa diingatanku walaupun telah lama tok telah kembali ke rahmatullah. dua bulan aku menjaganya, makan, minumnya, tidur mandinya. pernah satu ketika perkara yang paling aku ingat adalah tok mengajarku masak ikan termenung masak asam pedas yang menjadi kegemarannya. itulah satu-satunya resipi yang tok ajar sebelum aku berpisah dengannya. Semoga kedua-duanya ditempatkan di tempat orang yang beriman diakhirat nanti. amin... setiap yang hidup pasti akan mati..tabahlah.....tabahlah wahai diri ini. biarlah coretan ini menjadi satu simpanan peribadiku.. salam senja....satu kiasan minda ....satu luahan rasa.... buat diriku yang berduka... Al-fatihah....
Langgan:
Catatan (Atom)